Followers

Friday, May 29, 2009

PELBAGAI PERANGAI DALAM PASUKAN 4


Pesimis: Semuanya tak boleh!

Sifat: Fikiran negatif sokmo, banyak benda yang mustahil dan tidak berjaya, tidak membina kreativiti dan halang pasukan bergerak lebih jauh.

Catatan tambahan: Kebaikan mereka ialah mampu menghasilkan perancangan alternatif yang baik, hati-hati dalam tindakan dan enggan membuat kesilapan.

Cara menghadapi mereka:
Tanya mereka secara spesifik kenapa idea tidak boleh dilaksana, apakah asas kebimbangan mereka, apakah halangan dan cabaran yang bakal dihadapi?
Kemudian tanya cadangan alternatif yang boleh diguna pakai bagi mengatasi masalah di atas.
Buang perasaan bimbang mereka dengan memberi ruang perbincangan yang cukup kepada mereka.

Prejudis dan Bersangka Buruk

Sifat: Bersangka buruk dengan ‘jenama-jenama’ yang sudah mereka tanam dalam fikiran mereka. Contoh: Ultra-sekular yang prejudis pada orang berkopiah dan berjanggut. Akibatnya, timbul rasa benci dan perdebatan siapa lebih baik antara pakai kopiah atau tak.

Cara menghadapi mereka:
Jangan ‘ajar’ dan ‘beritahu’ dia tentang isu yang dia sedang prejudis.
Sebaliknya, tunjuk pada mereka apa ’sebenarnya’. Biar peristiwa itu ‘bercakap’ bagi pihak anda (dalam Islam dikenali sebagai dakwa bil hal)

Contoh:
Jika anda bersama seorang yang prejudis kepada orang pakai kopiah dalam sebuah kereta yang pancit di sebatang jalan. Takder saper membantu sampai datang seorang berkopiah dan berjanggut membantu meukar tayar kereta.

Anda tak perlu cakap banyak. Cukuplah dengan berkata, “Aku ingat orang pakai kopiah tak pandai tukar tayar kereta, rupanya dia lagi pandai dari kita.” Berhenti setakat itu jer, jangan berleter dan biarkan dia berfikir sendiri.

Semua tahu: Ulat buku yang berlagak.

Sifat: Ensiklopedia bergerak, anggap dirinya tahu belaka, kadang-kadang menjengkelkan. Akibatnya ada ahli yang nak kenakan mereka agar melakukan kesilapan. Ini suasana negatif dalam pasukan dan anda mesti mengelakkannya.

Catatan tambahan: Kadangkala mereka menguntungkan pasukan. Mereka meningkatkan kesedaran ahli untuk menambahkan pengetahuan.

Cara menghadapi mereka:
Pandai memanipulasikan mereka untuk membangkitkan motivasi ilmu pada ahli-ahli lain.
Jangan malukan mereka dikhalayak ramai jika ingin menegurnya untuk mengelak mereka memberontak kerena mereka punya ego yang tinggi.
Bincang secara tertutup, minta mereka terang idea dan perancangan mereka.
Dari situ, teroka kelemahan-kelemahan yang ada supaya mereka sendiri sedar kelemahan dan kesilapan yang telah dan mungkin dibuat.
Dorong mereka untuk sedar sendiri kesilapan yang berlaku akibat mereka.
SUMBER: AMIN IDRIS.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...