Followers

Friday, May 29, 2009

KERJA BERPASUKAN 2


PRINSIP 2: 7 FAKTOR YANG MENGIKAT AHLI PASUKAN

Jika selama ni anda bekerja secara berkumpulan, jangan bimbang… masih ada masa untuk transform kepada bekerja berpasukan. Tak salah bekerja secara berkumpulan kerana dalam keadaan tertentu, ia juga diperlukan. Tapi banyak produktiviti hari ini memerlukan keupayaan untuk membina dan bekerja secara berpasukan.

Ada kumpulan adalah permulaan yang baik untuk membentuk sebuah pasukan kerana asas pasukan ialah ikatan dan identity sesebuah pasukan. Asasnya, ada beberapa factor yang mempengaruhi ikatan sesebuah pasukan iaitu;





1. Sikap dan matlamat yang sama

Ada rasa persamaan dan kekitaan serta mendorong rasa gembira untuk berada dalam pasukan itu.

2. Masa untuk bersama

Semakin banyak masa bersama, semain banyak peluang untuk menerokai idea dan kepentiangan bersama.

3. Pengasingan dari luar

Menimbulkan rasa pasukan itu istimewa dan berbeza dari orang lain.

4. Ancaman dari luar

Begi menimbulkan rasa kebergantungan antara satu sama lain dan juga menyatukan ahli-ahli pasukan.

5. Saiz kumpulan

Semakin kecil saiz pasukan, semakin rapat mereka. Ini kerana interaksi yang lebih daripada kumpulan yang besar.

6. Syarat kemasukan yang ketat

Mengukuhkan identity yang jelas dan ketat dapat memberikan perbezaan yang jelas dengan yang bukan ahli.

7. Ganjaran

Jenis dan jumlah insentif yang diberikan mempengaruhi tahap kerjasama dan smbangn sesama ahli.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...