Friday, May 29, 2009
PELBAGAI PERANGAI DALAM PASUKAN 3
Kaki Komplen: Asyik Bising saja!
Sifat: Ada je benda nak diadukan. Pantang jumpa, pasti mengomel, mengkritik yang tak betul.
Catatan tambahan:
Ada 2 jenis; (1) Untuk tegur, adu dengan jujur dan ikhlas (2) Saja jer, hobi dan untuk diterima oleh orang lain.
Golongan yang pertama amat berguna untuk mendapatkan maklumat tepat berkenaan sesuatu masalah.
Cara menghadapi mereka:
Sentiasa rujuk mereka bila buat keputusan penting yang memberi kesan pada mereka. Supaya mengurangkan jumlah komplen dan aduan yang bakal diterima.
Elak dari memberi tekanan kepada mereka kerana jika mereka tertekan, mereka akan komplen sana-sini untuk menghilangkan rasa tekanan.
Jika mereka komplen, ajak mereka berfikir bersama untuk jalan penyelesaian supaya mereka sedar bukan senang membuat keputusan yang dipersetujui oleh semua pihak.
Jika anda sudah membuat keputusan setelah difikirkan bersama, dia tak boleh komplen kerana dia juga bertanggungjawab pada keputusan tersebut!
Buah Betik yang sensitif: Jangan biar terhempas!
Sifat: Macam buah betik, kulit nipis, jika terhempas pasti ia hancur berkecai. Sifat sensitif hingga menggangu proses tugas dan kerja.
Cara menghadapi mereka:
Jangan mengkritik atau komen mereka di hadapan orang lain. Buat slow talk dan bincang dengan mereka secara privacy.
Berikan komen yang tepat, spesifik dan objektif. Contoh komen tidak tepat, “Prestasi anda merosot bulan ni!”. Cara yang betul, “Anda lambat menghantar laporan yang sepatutnya di berikan 7 hari lepas iaitu 8 Oktober yang lalu.”
Elak kata-kata yang melemahkan semangat.
Kritik dengan cara membuatnya berfikir untuk jadi lebih baik.
Berikan sedikit perhatian pada mereka, tunjukkan bahawa mereka diterima dan jangan kedekut untuk memuji serta memberi penghargaan pada mereka jika mereka melakukan sesuatu tugas dengan baik.
Labels:
KEPIMPINAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment