Salam buat semua.
Selamat tinggal SMK Seri Bemban dan Selamat bertemu kembali SMK Air Molek.
Cukup tidak sangka setelah sekian lama meninggalkan SMK Air Molek, akhirnya kembali bertugas semula di sini. Umpama perumpamaan 'SIRIH PULANG KE GAGANG'. Sekarang akak ditugaskan sebagai GPK 1 di sini.
Imbas kembali kenangan dulu, mula2 akak jejak kaki di Melaka adalah kerana akak ditugaskan sebagai guru biasa di SMK Air Molek. Inilah sekolah yang pertama sekali bila akak berada di Melaka. Sekolah yang akak rasakan amat berlainan sekali budaya dan cara hidup mereka berbanding dengan sekolah di Kelantan dan di Negeri Sembilan( tempat mula-mula akak posting selepas habis belajar). Untuk menyesuaikan diri mengambil masa jugak untuk sebulan, di waktu itu akak sedang mengandung 6 bulan 'mak buyong'la katakan.Hari pertama sudah diserahkan tugas sebagai guru tingkatan 3 Gigih. Waktu tu di tingkat 4. Bayangkan ' mak buyong ' setiap pagi melangkah tangga ke tingkat 4. Cukup berat untuk sampai ke tingkat 4 tu kerana dalam keadaan perut yang membesar ( cik gu2 cakap anak kembar )dan dalam usia ' berjaga-jaga' akak gagahkan jugak sehingga lah akak bersalin di penghujung bulan Mac.
Bila kembali semula bertugas, akak di tawarkan jawatan sebagai Penyelia Petang di situ kerana pelajar semakin bertambah. 1999 bermulalah karier akak sebagai pentadbir sebelah petang. Bila bangunan tambahan siap dibina 2002, akak dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM dan diminta bertugas di SMK Tun Perak Jasin. Dari SMK Tun Perak, akak sambung belajar di Universiti Malaya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran kerana dirasakan terlalu cetek ilmu akak dalam pengurusan sumber manusia. Habis saja belajar terus ditugaskan di SMK Munsyi Abdullah selama lebih kurang 2 bulan sebagai guru biasa selepas itu dikekalkan jawatan lama akak sebagai GPK HEM di SMK SERI BEMBAN. Sehinggalah pada 16 Mei sempena Hari Guru, akak dinaikkan pangkat sebagai GPK 1 di SMK Air Molek. Akak rasakan seperti akak sudah pulang semula ke rumah yang lama ditinggalkan. Akak betul2 'pulang' pada 27 Mei semasa mesyuarat PIBG, perbincangan khusus mengenai Majlis Sarapan Pagi Bersama Pemimpin.
Bila saja lapor diri, sudah ada tugas yang besar untuk dijalankan iaitu Majlis Sarapan Pagi Bersama Pemimpin. Akak tidak perlu waktu yang lama untuk menyesuaikan diri di sini kerana akak merasakan akak sebagai anak sulong yang merantau jauh meninggalkan kampung halaman akhirnya kembali semula bersama adik beradik yang lain. Jadi semuanya tidak menjadi masalah. Perjalanan Majlis Sarapan Pagi Bersama Pemimpin ( YAB Dato Seri Mohd Ali Rustam ) berjalan dengan lancar. Akak merasakan Majlis ini seperti kenduri kawin yang dibuat secara besar2an, semua sekolah di Negeri Melaka dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.Akak juga merasakan majlis tersebut jugak sebagai tanda meraikan kembalinya akak ke kampung halaman ( sekolah lama ).Majlis tu diadakan pada 27 Jun 2010. Tapi amat mendukacitakan kerana CM diwakilkan oleh Tuan Speaker Negeri. Pun begitu majlis tetap meriah tanpa CM.
No comments:
Post a Comment