TEKS PENGACARA MAJLIS MALAM MENJUNJUNG KASIH
SEMPENA PERSARAAN TUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGARI
MELAKA TN HJ KASIM BIN MOHAMAD
Mengumumkan ketibaan
Yang Diraikan Y.BHG TUAN HAJI
KASIM BIN MOHAMAD
diiringi dif-dif kehormat dan dan AJK
MPSM masuk ke Dewan.
Semua hadirin diminta berdiri.
Pagi yang indah penuh ceria
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “MALAM MENJUNJUNG KASIH”
sempena persaraan TN
HJ KASIM BIN MOHAMAD Pengarah Pendidikan Negeri Melaka.
BismilLahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbi Alami,
BismilLahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbi Alami,
Wassolatu wassalamu
Ala Asyrafil Anbiya’i wal mursalin wa ala
alihi wasohbihi
ajmain.
Assalamu `Alaikum W.B.T…Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Yang Berbahagia tetamu yang diraikan
Tuan Hj Kasim Bin Mohamad
Pengarah Pendidikan Negeri Melaka
Yang Berbahagia,
En Abdul Mutalib Bin Osman
Timb Pengarah Pendidikan Negeri Melaka
Yang Berbahagia,
……………………………………………………….
………………………………………………………
Yang Berbahagia,
Yang Berbahagia,
……………………………………………………….
………………………………………………………
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pegawai Pelajaran Daerah,
……………………………………………………….
Yang Berbahagia,
Dr. Hjh Rosnanaini
Bt Sulaiman
YDP Majlis Pengetua
Sekolah-Sekolah Negeri Melaka
Yang Dikasihi
Rakan-rakan pengetua
Negeri Melaka
Yang Dihormati,
Dif-dif jemputan,
Yang Dihormati
Tuan-tuan, Puan-puan, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan
Selamat datang ke :
Majlis “MALAM MENJUNJUNG KASIH” sempena persaraan
TUAN PENGARAH
PENDIDIKAN NEGERI MELAKA TN HJ KASIM BIN
MOHAMAD.
Melati kuntum tumbuh
melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Sarung ketupat
berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Para hadirin yang
dirahmati Allah sekalian
Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan
doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil
Ustaz Mohd Hairi Bin
Tamam.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
…………………………………………………………………………
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Ustaz Mohd
Hairi Bin Tamam atas bacaan doa
itu tadi.
Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada
Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada
YDP MPSM. Untuk itu, dipersilaka Dr Hjh
Rosnaini Binti
Sulaiman untuk
menyampaikan ucapan.
……………………………………………………………………….
Terbang melayang
sianak kedidi,
Terima kasih YDP
MPSM atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara
Kini, tibalah waktu
yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tuan Hj Kasim Bin
Mohamad. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan tuan untuk memberikan ucapan.
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
Sudah teradat si
anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Hj Kasim Bin Mohamad atas ucapan itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Hj Kasim Bin Mohamad atas ucapan itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
kepimpinan yang
disempurnakan oleh Yang Diraikan Tuan Hj
Kasim Mohamad sepanjang perkhidmatan beliau di dalam
dunia pendidikan
yang berakhir sebagai Pengarah pendidikan
Negeri Melaka.
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.
Sidang Hadhirin Sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.
Sidang Hadhirin Sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan
buat insan yang kita raikan
pada hari ini.
Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
dan mempersilakan Tuan
Timbalan Pengarah Pendidikan
Melaka dan YDP MPSM
untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan
Hj Kasim Bin Mohamad
bagi menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata yang
Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata yang
pertama.
Dipersilakan
………………………………………….untuk
menyampaikan
tanda mata sebagai
kenangan daripada…………………….
Seterusnya,
Dipersilakan
………………………………………………………………………..
untuk menyampaikan
tanda ingatan daripada………………….
Dipersilakan
………………………………………………………………………..
Dipersilakan
…………………………………………………………………………
Dipersilakan
…………………………………………………………………………
untuk menyampaikan
tanda mata daripada……………………..
Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-
kenangan khusus
untuk Yang Diraikan TUAN HJ KASIM BIN
MOHAMAD.
Kan elok diingat
jika ada yang memuji..
Kan elok ditatap jika ada yang menanti..
Kan elok dikenang jika ada yang berbudi..
Kan elok disimpan jika ada yang memberi..
Kan elok ditatap jika ada yang menanti..
Kan elok dikenang jika ada yang berbudi..
Kan elok disimpan jika ada yang memberi..
Majlis merakamkan
sejutaan penghargaan dan
terima kasih atas
tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati
yang diberikan dan
semoga menjadi memori indah dalam
dakapan TUAN.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya
padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Sebelum saya mengakhiri majlis ini, izinkan saya menyampaikan bait-bait puitis yang bertajuk “Bak Air yang Mengalir”
Bak Air Yang Mengalir
Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!
Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan-bisikan,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.
Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Dataran perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik mesyuarat dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik persidangan dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal semua wadah!
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Bernama Pengarah.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.
Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Yang Diraikan Tuan
Hj Kasim Bin Mohamad kerana sudi untuk
bersama kita pada
hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar
Yang Diraikan bertambah ceria dan
bahagia di dalam
kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan
Majlis “Malam Menjunjung Kasih” ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan
silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
12 comments:
puan,
sedap bahasa yang puan guna...saya mohon gune sikit idea puan untuk teks saye...:)
Silakan Nurul Dalila
Assalamualaikum puan. Mohon kebenaran untuk jadikan sebagai rujukan ya puan. Terima kasih.
As salam puan,
Mohon dikongsi teks yg begitu puitis ini ye
Sajak Bak Air yang mengalir tu macam pernah dengar je.
Assalamualaikum Salam sejahtera Puan...indah begitu bahasa teks ucapan Puan...mohon izin utk d guna sebagai teks sy dan rujukan ya Puan
Mohon izin copy ya puan, tulisan yang indah ini ya. Trima kasih banyak2.
mohon copy n paste ye puan... menarikk. terima kasih
sedapnya bait kata2 puisi puan..mohon izin guna sbg rujukan ya..terima kasih
Mohon izin copy ye puan... memg indah ayatnya.. menyumbang idea kpd kami.. terima kasih
Salam puan. Mintak izin sy guna teks puan ya..
mohon izin sebagai rujukan dan panduan
Post a Comment