Followers

Tuesday, December 10, 2013

34. MAS COTEK, SERAPAT ANGIN,TELINGA BERUK, (FICUS SELTOIDEA JACK)


Mas cotek adalah tumbuhan yang menumpang hidup di pokok yang lain tapi dia juga boleh hidup di atas tanah. Uniknya ialah dia mempunyai titik-titik emas di permukaan daun, titik hitam antara urat daun dan garisan luar daun yang berwarna keemasan. Ada pokok bersifat betina dan ada pokok bersifat jantan. Pokok bersifat betina mempunyai daun yang lebih besar berbanding dengan pokok jantan. Urat daun pokok bersifat jantan lebih lurus ke hujung daun berbanding dengan pokok bersifat betina yang mempunyai urat bercabang-cabang. 


KEGUNAAN 

1. Ramuan ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Amat popular di pantai timur terutama kelantan. 

2. Menurunkan kolesterol dalam badan, 

3. Mengelak angin ahmar, 


4. Menyembuhkan dan mengubati urat saraf yang rosak 

5. Mengembalilkan rahim kepada kedudukan asal 

6. Mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin 

Cara penggunaannya ambil 2 atau 3 helai daun yang telah dikeringkan. Direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum ketika suam. 



Penggunaan teh daun mas cotek juga boleh 


7. Merawat darah tinggi 

8. Merawat Kencing manis 

9. Merawat Keputihan 

10. Merawat Paru-paru berair 

11. Awet muda. 

Buahnya juga boleh dimakan terhad kepada 3 hingga 5 biji sehari bagi tujuan menyihatkan badan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...