Followers

Wednesday, December 11, 2013

39. LEMBA, MOLINERIA LATIFOLIA, PINANG PUYUH, NYIOR LEMBER.CUCURLIGO LATIFOLIA,CUCURLIGO ORCHIOIDES, GAERTA AMARYLLIDACEAE.



Sejenis tumbuhan berumpun yang gemar hidup di kawasan yang redup dan terlindng dari matahari. Buahnya mempunyai rasa manis sehinggakan apabila kita minum air atau makan apa saja selepas makan buahnya, semuanya terasa manis. 

Bahagian yang digunakan ialah akar dan buah.

Kegunaan

1. Bahagian akarnya berfungsi untuk:
~ Mengubati sakit ginjal,

~ Menguatkan fungsi seks

~ Menghilangkan sakit perut kerana kesejukan.

~ Mengubati sakit kepala

~ Mengubati ulser mulut
akarnya direbus sehingga mendidih dan dibuat kumur2


Sukar untuk mengambil closeup bunganya kerana pokoknya diselaputi oleh pokok renek.
Terpaksa dikuak batang pokok tersebut. Saya letakkan kamera betul2 di atas bunganya.

Belum ada buah. Sedang galak berbunga. Saya pun belum rasai buahnya lagi. Tak sabar nak merasai buahnya yang manis itu 


2. ~Buah lemba yang manis boleh menggantikan gula bagi pengidap kencing manis.
~ Buah lemba yang manis dicampurkan dengan air dan diminum amat sesuai untuk meredakan demam.


3. Ia juga dikatakan boleh mengubati demam malaria

4. Mengubati batuk

5. Merawat bengkak

6. Melawaskan kencing


Gambar ini diambil semasa dia masih anak dara lagi. Guna HP aje. Tengok pokok yang melindunginya itu.


7. Sebagai ramuan ubat periuk bagi wanita.

8. Biji lemba yang berwarna hitam seperti biji selasih dicampurkan dengan sirap dapat menyejukkan badan
9. Daunnya yang kering boleh dipintal menjadi tali

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...