Followers

Friday, May 29, 2009

KERJA BERPASUKAN VS KERJA KUMPULAN


Prinsip 1: Kerja Berpasukan vs. Kerja Berkumpulan

Seringkali kita terkeliru antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. Ada yang mengatakan; Kerja Berpasukan = Kerja Berkumpulan dan ada juga yang mengatakan Kerja Berpasukan bukan Kerja Berkumpulan.

Jawapannya belum tentu. Kerja Berpasukan dan Kerja Berkumpulan mempunyai beberapa perbezaan. Kadangkala sesebuah kumpulan boleh menjadi sebuah pasukan dan begitulah sebaliknya. Bagi menjelaskan penerangan ini, apakata anda meneliti fakta-fakta di bawah;

KERJA BERPASUKAN menumpu pada matlamat sedangkan KERJA BERKUMPULAN menumpu pada kerja masing-masing (tetapi dilakukan secara beramai-ramai)

KERJA BERPASUKAN menekankan perkongsian matlamat dan tugas serta menyumbang kepada keseluruhan projek sedangkan KERJA BERKUMPULAN menekankan setiap ahli mesti mempunyai tugasan yang perlu disiapkan.

KERJA BERPASUKAN menerima ahli berbeza sebagai sebahagian ’daripada kita’ sedangkan KERJA BERKUMPULAN menganggap orang yang berbeza sebagai bukan ’daripada kita.’

KERJA BERPASUKAN memfokus kepada menjayakan tugas bersama, koordinasi kerja dan menyumbang kemahiran tersendiri sedangkan KERJA BERKUMPULAN hanya fokus kepada kerja masing-masing dan portfolio sendiri-sendiri.

KERJA BERPASUKAN mempunyai ahli yang saling memerlukan antara satu sama lain sedangkan KERJA BERKUMPULAN mementingkan masing-masing menyiapkan tugas.

KERJA BERPASUKAN tidak hirau jurang status dan tidak mempunyai hierarki yang komplek sedangkan KERJA BERKUMPULAN mempunyai pelbagai hierarki dan birokrasi bagi mengawal kerja.

KERJA BERPASUKAN adalah komunikasi terbuka dan telus sedangkan KERJA BERKUMPULAN lebih bersifat keluar arahan dan ikut!

KERJA BERPASUKAN ialah merancang bersama sedangkan KERJA BERKUMPULAN ialah menunggu arahan dan tugas yang diberikan.
SUMBER: AMIN IDRIS

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...