Followers

Thursday, March 26, 2009

KEMUNCAK SUKAN TAHUNAN KE 10






EN ABDULLAH WAHID WAKIL PPD SEBAGAI PERASMI TEMASYA.








Salam kembali.

Hari ini adalah hari kemuncak Sukan Tahunan Sekolah. Di sini akak sertakan ucapan Pengetua SMK Seri Bemban yang dimuatkan dalam buku cenderahati Sukan Tahunan Sekolah.

Alhamdulillah, pada hari ini kita warga SMK Seri Bemban, akhirnya berjaya melaksanakan Temasya Kejohanan Olahraga Sekolah kali yang ke 10.

Kejohanan kali ini lebih bermakna kerana sempena tahun ke sepuluh tertubuhnya sekolah ini, sekaligus menunjukkan usia dan keluasan bakti yang telah ditaburkan untuk melahirkan insan-insan berilmu di kawasan Bemban ini.

Kejohanan olahraga adalah kemuncak daripada pelaksanaan P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang bermatlamat melahirkan insan yang sihat dan cergas jasmaninya. Kecergasan jasmani sememangnya amat penting untuk membentuk kecerdasan minda yang akhirnya melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Kejohanan kali ini berfokus kepada penglibatan semua warga sekolah dengan tujuan menyuburkan semangat setiakawan, bekerjasama dan kegigihan dalam berusaha untuk mencipta sesuatu kejayaan.

Adalah juga diharapkan kejohanan olahraga yang melibatkan semua warga sekolah ini, akan dapat menyuburkan sifat budiman kerana bersukan dan bertanding akan mendidik seseorang itu berbangga meraih kejayaan dan tabah menerima kekalahan sebagai satu sifat yang unggul dalam usaha mencipta kejayaan dalam kehidupan.

Sempena berlangsungnya kejohanan ini, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha dn memberi sumbangan dalam menjayakan temasya olahraga kali ke 10 ini. SELAMAT BEROLAHRAGA DAN MAJU JAYA.

JOM LAYAN SLIDE SHOW KEJOHANAN ITU. YANG NI HARI RABU SEMALAM 25.3.2009


YANG NI PULAK HARI INI KHAMIS 26.3.2009. LAAAAYYYYAAAAAAAAANN.




Sebaik-baik sahaja selesai upacara padang, ribut kencang melanda hampir menerbangkan khemah. Nasib baik beberapa orang guru termasuk pengetua sendiri dan pelajar dapat menyelesaikannya dengan beramai-ramai menurunkan khemah. Layan video ni dan dengar deruan angin yang kencang sekali.



Wednesday, March 25, 2009

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SUDAH BERMULA


SIKEMBAR YANG MEMBAWA PULANG KEMENANGAN DALAM PERMAINAN BOLA BALING. SYABASSS



Salam kembali

Syukur al hamdulillah Pasukan Bola Baling Sekolah telah mendapat Johan bagi kategori 18 tahun ke bawah perempuan bagi Daerah Jasin. Sementara Naib Johan bagi kategori 18 tahun ke bawah lelaki. Tahniah buat Pasukan Bola Baling Sekolah. Anda telah membuktikan bahawa SMK Seri Bemban BOLEH.


PELAJAR MENUNGGU GILIRAN.

LOMPAT TINGGI SIKITTTT.......

Hari ini Sukan Tahunan Sekolah kali ke 10 telah bermula. Beberapa acara telah dijalankan seawal jam 8.30 pagi. Hanya pelajar-pelajar yang terlibat dengan acara padang saja berada di padang sementara pelajar yang lain meneruskan P&P seperti biasa.

HAIK HAIK. PEGAWAI SUKAN DARI JEPUN DIBAWA KHUSUS UNTUK SUKAN TAHUNAN. WATASHIWA CT NORALIZA DES. HAIK. HI HI HI HI HI.


JURUACARA PADANG. KERING TEKAK CARI SENDIRI AIR ERK!

Acara padang hari ini dibuat dalam 2 sesi. Sesi pagi dan sesi petang. Sesi petang bermula jam 3.00 petang. Pelajar-pelajar cukup bersemangat untuk menambahkan mata/point untuk mendapatkan juara bagi rumah masing-masing.


KIRA MATA TU BIAR BETUL TAU? RUMAH MERAH TU KASI MATA BANYAK SIKIT TAU


ANAK SAPA LA NI? EISYH EISYH EISYH...

Akak mewakili Rumah Merah. Selama 3 tahun akak bersama dia orang, Rumah Merah tak pernah lagi corot..Sentiasa johan weeiiihhhh........Harap-harap Rumah Merah dapat mengekalkan kejohanan pada tahun ini walaupun pemain harapan sudah tidak berada lagi di sekolah ini. Hidup Rumah Merahhhh.......nanti kita adakan jamuan kesyukuran lagi ok!



MANA AIR TAK SAMPAI-SAMPAI NI?


APE? ADE PELAJAR TERTINGGAL BEKAS TAPAK KAKI?


Acara kemuncak Sukan Tahunan Sekolah besok 26.3.2009.

Tuesday, March 24, 2009

PENGURUSAN Q-NET


PENCERAMAH 1


BERSEMANGAT UNTUK BERKURSUS NIIII


PEMUDAHCARA DALAM Q-NET.


PENCERAMAH SLOT KE 3. PENGETUA KAMI NIIII..


SALAH SEORANG PELAWAT YANG SEMPAT DIRAKAMKAN GAMBARNYA.

Salam Kembali

Pada hari Sabtu yang lalu pada tarikh 14hb Mac 2009, SMK Seri Bemban telah menjayakan Latihan Dalam Perkhidmatan kali 1 untuk tahun 2009. Jabatan Pelajaran Melaka mengambil langkah bijak dengan memberi bahan 'presentation' berkaitan tajuk-tajuk yang sesuai untuk dibentangkan yang melibatkan 4 kali Sabtu. LDP ini diselaraskan pelaksanaannya mengikut tarikh yang telah ditentukan. Semua guru diwajibkan hadir. Tajuk-tajuk yang diberi adalah amat bertepatan dengan pengajaran dan pembelajaran, dengan harapan akan mempertingkatkan Qualiti p&p guru-guru di samping meningkatkan prestasi pelajar ke arah kecemerlangan yang menyeluruh.




Pada hari tersebut, LDP kali 1 dijalankan serentak bagi semua SM dan SR. Bagi sekolah akak, pemantauan telah dijalankan oleh PPD, pegawai dari JPM dan kami amat bertuah kerana Pengarah Pelajaran Melaka, Tn Hj Isa bin Abu sanggup turun padang menziarahi kami yang sedang berkursus. Terima kasih tuan.




Seramai 3 orang penceramah yang dijemput untuk menjayakan LDP kali ini. Penceramah itu tidaklah jauh sangat dari kami. Kami mengambil langkah berjimat cermat dengan menggunakan khidmat guru-guru untuk menyampaikan dan mengupas berdasarkan tajuk yang diberi. Kali pertama ini, GPK 1 En Johari Abu Bakar telah berjaya membantu guru-guru dalam pengurusan Q-net. Ia diperkukuhkan lagi oleh Pn Fauziah selaku setiausaha peperiksaan dengan mengadakan bengkel pengurusan Q-net selepas itu. Guru-guru begitu bersungguh-sungguh menyiapkan hasil perbengkelan.

Sedikit input berkaitan pengurusan Q-net:-

1. Sasaran sekolah untuk cemerlang dan lulus berdasarkan pencapaian terbaik selama 3 tahun (PMR & SPM)
2..Meneliti pencapaian sekolah tahun 05, 06 dan 07( PMR & SPM).
3. Sasaran sekolah adalah yang tertinggi dalam 3 tahun dan ditambah 5%
4. Cemerlang adalah pelajar yang mendapat ‘Straight As’

Untuk Peringkat Sekolah:

Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan:
Kumpulan C : Pelajar-pelajar straight “A”
Kumpulan L : Pelajar-pelajar lulus PMR & SPM
Kumpulan H: Pelajar-pelajar tidak lulus

Untuk Peringkat Panitia:

Pelajar bagi m/p berkenaan dibahagikan kepada 3 kumpulan:
Kumpulan C : Pelajar-pelajar dijangka dapat “A” dlm m/p berkenaan
Kumpulan L : Pelajar-pelajar dijangka lulus dlm m/p berkenaan
Kumpulan H : Pelajar-pelajar yang mungkin gagal dlm m/p berkenaan

C:Cemerlang L: Lulus H: Harapan




Kami cukup berpuas hati kerana guru-guru tidak berganjak dan meneruskan LDP sehingga ke slot yang ke 3.Slot ini diambilalih oleh Tuan Pengetua sendiri dengan memberi penekanan terhadap Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Walau pun semua guru sedia maklum kepada P&P berkesan tapi perlu ada pengulangan demi pengulangan sebagai ingatan dan pengukuhan di samping ada input yang baru yang dapat dikongsi bersama dan diamalkan oleh semua guru. Pengetua lebih menekankan kepada class control. Seorang individu yang memegang jawatan sebagai seorang guru mesti bijak dalam mengawal kelas pengajarannya jika tidak dia gagal sebagai seorang guru. Semua guru adalah guru disiplin. Guru harus ada kemahiran mendisiplinkan pelajar. Kemahiran ini tidak akan didapati jika sekiranya guru asyik leka membiarkan muridnya membuat sesuka hati semasa beliau mengajar. Sikap demikian akan menyebabkan kegagalan pelajar.

RAGAM GURU SETELAH SELESAI BENGKEL


GURU YANG PALING AKTIF BERTANYA

HEBAT TAK USTAZ?.....

VIDEO KLIP BERKAITAN LDP 1


Tuesday, March 17, 2009

REHAT KEJAP

Salam kembali

Rehat kejap. Layan2 lah ye!



ASAM PEDAS KARI DAGING
Bahan
1 kg daging~dihiris setebal 1/2 inci
4 helai daun limau purut
2 sudu makan serbuk kari
2 kuntum bunga kantan
sedikit daun kesom
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
sedikit gula
minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan Kisar
1/4 keping belacan ( belacan Melaka ya!)
7 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serbuk kari hingga garing.
2. Masukkan air dan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Masukkan daging, daun limau purut, bunga kantan, sedikit gula dan garam. Didihkan sehingga daging empuk. Angkat.


MIXED HERBS SOUP

BAHAN
6 potongan kecil ayam
paprika( dalam botol)~anggaran 2 kali renjis
oregano~anggaran 2 kali renjis
mixed herbs kering ( dalam botol)~anggaran 2 kali renjis
parsley kering( dalam botol)~anggaran 3 kali renjis
basil kering ( dalam botol )~anggaran 3 kali renjis
2 batang celery~dipotong-potong
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Bahan Hiris
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 hirisan nipis lengkuas~diracik halus pun boleh

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkih, bunga lawang hingga bangkit bau.
2. Masukkan paprika, oregano, mixed herbs, parsley kering, basil kering, dikacau rata. Bubuh sedikit air dan renehkan sebentar
3) Masukkan potongan celery. Kacau sehingga celery layu.
4) Masukkan air dan biarkan mendidih
5) Masukkan ayam, garam dan biarkan sehingga semuanya mesra dan ayam empuk. Angkat dan hidangkan.

Thursday, March 12, 2009

SEKOLAH SEMAKIN BAIK









SALAM MAULIDURRASUL BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM. MINGGU INI PELAKSANAAN PEMAKAIAN BAJU UNIFORM SEMAKIN BERTAMBAH BAIK. PELAJAR-PELAJAR SUDAH MEMAHAMI PERATURAN BERUNIFORM TERMASUK JUGAK GURU-GURU. HARI RABU MINGGU LEPAS AKAK ANGGARKAN 85% GURU-GURU DAN PELAJAR MEMAKAI BAJU UNIFORM BAGI SETIAP BADAN UNIFORM YANG DICEBURI. PELAJAR JUGAK MEMAHAMI BAHAWA SETIAP HARI RABU PERHIMPUNAN KO KURIKULUM AKAN DIJALANKAN TEPAT JAM 7.30PAGI DENGAN MENGIKUT GILIRAN YANG DITETAPKAN. RABU BARU INI ADALAH GILIRAN BAGI BADAN BERUNIFORM SEMENTARA UNTUK RABU MINGGU BERIKUTNYA PEMAKAIAN BAJU ADALAH UNTUK PERSATUAN DAN KELAB. KIRANYA PELAJAR DAPATLAH MEREKA MERASA KELAINAN SIKIT DALAM BERPAKAIAN. TAK ADA LAH MEREKA SEPANJANG MINGGU DENGAN UNIFORM SEKOLAH. SEKURANG-KURANGNYA MEREKA BOLEH BERGAYA DENGAN UNIFORM PERSATUAN/KELAB MEREKA DAN MENINGKATKAN SEMANGAT MEREKA BILA MENGGAYAKAN BAJU UNIFORM BADAN UNIFORM MEREKA. BEGITU JUGAK DENGAN GURU-GURU.


Barisan Tertinggi Pentadbiran Dan Pengurusan SMKSBM

SEPERTI BIASALAH BILA PERHIMPUNAN DIJALANKAN, PENGERUSI MAJLIS ADALAH DI KALANGAN PENGAWAS SEKOLAH. RABU LEPAS, DIA SUDAH MULA MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEPENUHNYA DALAM PENGACARAANNYA. BEGITU JUGA DENGAN BACAAN DOA, SUDAH DITRANSLATEKAN KE BAHASA INGGERIS. KALI INI GURU BAHASA INGGERIS MEMBUAT PERSEMBAHAN NYANYIAN BERAMAI-RAMAI. BELIAU MENGEDARKAN LIRIK LAGU BAHASA INGGERIS UNTUK PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU UNTUK NYANYI BERSMA BELIAU. LAGUNYA BIASA DIDENGAR. PUN BEGITU CUKUP SERONOK BILA DILAGUKAN BERSAMA-SAMA. RASA TIMBUL SATU KEMESRAAN DAN KESATUAN DI ANTARA GURU-GURU DAN ANAK-ANAK PELAJAR.

NI LIRIK LAGUNYA:

THE HAPPY WANDERER

I LOVE TO GO A WANDERING
ALONG THE MOUNTAIN TRACK
AND AS I GO, I LOVE TO SING
MY KNAPSACK ON MY BACK

CHORUS:
VAL-DERI, VAL-DERA,VAL-DERI,
VAL-DERA-HA-HA-HA-HA
VAL-DERI, VAL-DERA
MY KNAPSACK ON MY BACK

I LOVE TO WANDER BY THE STREAM
THAT DANCES IN THE SUN
SO JOYOUSLY IT CALLS TO ME,
"COME! JOIN MY HAPPY SONG" (CHORUS)

I WAVE MY HAT TO ALL I MEET
AND THEY WAVE BACK TO ME,
AND BLACKBIRD CALL SO LOUD AND SWEET
FROM EV'RY GREEN WOOD TREE. (CHORUS)

( TERINGAT MASA KECIK-KECIK DULU BILA NYANYI LAGU MACAM NI. CUKUP TERHIBUR DI HATI INI. HA HA HA HA HA)



PELAJAR PUTERI ISLAM MEMBUAT PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN DARI BADAN BERUNIFORM SILAT TIDAK KETINGGALAN MENUNJUKKAN SEDIKIT ASAS-ASAS SILAT YANG DIPELAJARI. BEGITU JUGA PERSEMBAHAN DARI PELAJAR BULAN SABIT MERAH. CUKUP MEMBERI CABARAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG SUSAH UNTUK BERBAHASA INGGERIS. BUKAN PELAJAR SAHAJA TETAPI KEPADA GURU-GURU JUGAK. TERMASUK JUGAK AKAK NIII. HA HA HA HA HA HA. TERINGAT KATA-KATA PENGETUA, DIA TIDAK PANDAI BERBAHASA INGGERIS KERANA DIA MEMANG MELAYU 'TOTOK'TAPI BILA DIJEMPUT UNTUK MEMBERI UCAPAN, NAIK SEGAN DAN CUKUP TERCABAR JUGAK AKAK, KERANA INGGERIS MELAYU TOTOKNYA CUKUP KELAS.HA HA HA HA. ADUH HAIII.

TAHNIAH. MOGA BERJAYA DI PERINGKAT NEGERI PULAK OK!



HARI INI KEPUTUSAN SPM SUDAH KELUAR. TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR KERANA PRESTASI PENCAPAIAN MENINGKAT 2%. ALHAMDULILLAH. KIRA SUDAH BAGUS BAGI SEKOLAH YANG DIKATAKAN MARHAEN INI. TAHNIAH JUGA KEPADA PELAJAR YANG MEWAKILI SYARAHAN PERINGKAT DAERAH. SMKSB TELAH BERJAYA MENJADI JOHAN BAGI SYARAHAN LELAKI DAN NAIB JOHAN BAGI SYARAHAN PEREMPUAN. TAHNIAH, TAHNIAH TAHNIAH MOGA MENDAPAT JOHAN DI PERINGKAT NEGERI. AMIN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...