Followers

Monday, March 2, 2009

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN ANTI PONTENG MURID PERINGKAT SEKOLAH NEGERI MELAKA 2009





Masalah ponteng sekolah bukan masalah baru yang dihadapi oleh institusi pendidikan terutama sekolah. Di Melaka, pelajar ponteng sekolah semakin bertambah berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Justeru JPM terpanggil untuk mengadakan Kempen Anti Ponteng ini.Kempen ini bertemakan "BERSAMA MEMERANGI PONTENG SEKOLAH".

Kempen ini mempunyai matlamat untuk mengurangkan kadar ponteng sekolah. Ye lah itulah tujuannya. Sementara objektifnya pulak:-
1. Mempertingkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah bagi mengikuti aktiviti P&P.
2. Mendedahkan kepada murid faktor-faktor penyumbang salahlaku ponteng sekolah yang perlu dijauhi atau diatasi
3. Menyedarkan murid tentang keburukan ponteng seklah
4. Memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa ponteng sekolah merugikan bangsa dan tabiat ini perlu diawasi dan dicegah.

Terdapat dua slot ceramah untuk pelajar yang hadir. Satu slot oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan satu lagi ceramah yang disampaikan oleh wakil PDRM.

Kempen telah dilancarkan oleh Tuan Pengarah Pelajara Melaka YBhg. Haji Isa bin Haji Abu.

Kita lihat cara menangani ponteng sekolah
1. Tindakan yag dijalankan oleh PDRM. Jika pelajar yang ponteng ditangkap, ibu bapanya yang akan dikenakan tindakan.
2. Kerjasama masyarakat yang membuat laporan kepada polis tentang peajar ponteng juga menyumbang kepada pengurangan kadar ponteng pelajar
3. Pihak berkuasa tempatan wajib mengambil inisiatif mengenakan syarat pemberian lesen: tidak membenarkan cyber cafe dan permainan video dimasuki oleh peajar sekolah berpakaian seragam
4. Sekolah wajib menyediakan suasana persekolahan yag kondusif
5. Suasana sekolah yang tidak terlalu menekan pelajar supaya pelajar berminat untuk datang belajar di sekolah.
6. Guru disarankan supaya beramah mesra dan tidak terlalu garang
7. Peranan ibu bapa wajib memerhatikan gerak geri anak mereka, dengan siapa mereka berkawan, kerap menghubungi sekolah,pemeriksaan beg dan buku sekolah sebagai bukti mereka menghadiri sekolah , jangan memanjakan mereka, jiuka perlu ambil tindakan merotan mereka dan sentiasa memberi nasihat kepada mereka.
Demikian saranan dari PDRM



Di sini akak paparkan sedikit sedutan ucapan Tuan Pengarah Pelajaran Melaka khusus kepada pelajar yang hadir:

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk hadir ke Majlis Pelancaran ini. Ponteng sekolah adalah masalah seluruh negara tetapi ape gunanya kita ponteng sekolah kalau kita tahu bahawa ponteng sekolah tidak bagi apa-akebaikan kepada anak-anak pelajar malah merugikan. Anak-anak harus bersyukur kerana di Malaysia satu negara yang melaksanakan pendidikan wajib:- kerana kerajaan pandang pendidikan satu aset atau pelaburan yang penting untuk anak-anak yang akan mewarisi teraju kepimpinan akan datang.

Pendidikan wajib di sini ialah selama 11 tahun yang tidak ade diamalkan di negara lain dirantau ini. Kita amat bertuah kerana ada dasar ini. Negara kita juga mengamalkan pendidikan percuma. Kalau di stengah-setengah negara, mereka hantar anak-anak mereka belajar, ibu bapa dipaksa membayar berbagai-bagai bayaran tetapi di Malaysia tidak ada lagi bayaran seperti yuran perekolahan, bayaran peperiksaan dan anak-anak pelajar yang layak diberi biasiswa. Bersyukur kerana kita mempunyai kerajaan yang benar-benar perihatin terhadap warganegara Malaysia. Kerana itu tidak ada alasanbagi anak-anak yang untuk tidak hadir ke sekolah.

Tahun ini PIBG teah mendapat bantuan sebanyak RM10.00 bagi sekolah menengah sementara RM8.00 untuk sekolah rendah.Begitu juga bantuan pakaian seragam sekolah dan Skim Bantuan Tuisyen.

Ponteng sekolah itu 1. dikatakan tidak hadir ke sekolah tanpa apa-apa sebab, 2. ponteng kelas iaitu tidak masuk ke kelas spertimana sepatutnya. Kempen ini dilancarkan kerana terdapat peningkatan bilangan kes ponteng sekolah. 2007~0.48%( 804 orang pelajar )sementara 2008~0.73%(1,146 orang)Ia merupakan peningkatan cukup serius.



Kita mesti melalui sistem persekolahan walau bijak macamana pun kerana sekolah ada kemudahan semua yang dikehendaki, guru-guru yang membimbing anak-anak pelajar, juga sekolah adalah tempat mencungkil potensi dati segi intelek, rohani dan jasmani, untuk menjadi mereka yang berjaya dan akan menjadi seorang dewasa yang akan tempuh cabaran dan dugaan utuk hidup pada masa akan datang.

Pelajar-pelajar harus lengkapkan diri dengan tiga perkara penting iaitu:
K~Knowledge
T~Thinking
L~leadership
dan ditambah satu lagi iaitu E~ etika.

pelajar perlu mempunyai knowledge dengan menimba sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran, thinking positif untuk memajukan diri, punya sifat leadership atau kepemimpinan. Mesti cerdas dalam menyertai aktiviti di bilik darjah atau di luar bilik darjah agar nanti menjadi pemimpin akan datang.Sementara Etika pula merupakan benteng yang kukuh dari segi agama dan bagi bukan Islam mesti mempunyai nilai moral yang tinggi. Jadi untuk menjadi well educated, ponteng sekolah harus disingkirkan.

Saya menyeru rakan-rakan pejabat, sekolah agar berterusan mencegah gejala ponteng sekolah kerana ia akan memberi masalah kepada pendidikan kita yang kita ingin terapkan kepada anak-anak. Pengetua harus beri perhatian serius dalam menangani pelajar ponteng sekolah dengan cara memberi amaran-amaran yang telah ditetapkan dan mungkin membuat kunjungan ke rumah salah satu cara untuk pastikan bahawa gejala ponteng sekolah tidak terus menular di kalangan pelajar di Melaka.

Itu dia amanat Tuan Pengarah yang harus diberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Gabungan tenaga dan kerjasama semua warga sekolah amat penting bagi memastikan kempen ini berjaya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...