Followers

Tuesday, March 24, 2009

PENGURUSAN Q-NET


PENCERAMAH 1


BERSEMANGAT UNTUK BERKURSUS NIIII


PEMUDAHCARA DALAM Q-NET.


PENCERAMAH SLOT KE 3. PENGETUA KAMI NIIII..


SALAH SEORANG PELAWAT YANG SEMPAT DIRAKAMKAN GAMBARNYA.

Salam Kembali

Pada hari Sabtu yang lalu pada tarikh 14hb Mac 2009, SMK Seri Bemban telah menjayakan Latihan Dalam Perkhidmatan kali 1 untuk tahun 2009. Jabatan Pelajaran Melaka mengambil langkah bijak dengan memberi bahan 'presentation' berkaitan tajuk-tajuk yang sesuai untuk dibentangkan yang melibatkan 4 kali Sabtu. LDP ini diselaraskan pelaksanaannya mengikut tarikh yang telah ditentukan. Semua guru diwajibkan hadir. Tajuk-tajuk yang diberi adalah amat bertepatan dengan pengajaran dan pembelajaran, dengan harapan akan mempertingkatkan Qualiti p&p guru-guru di samping meningkatkan prestasi pelajar ke arah kecemerlangan yang menyeluruh.




Pada hari tersebut, LDP kali 1 dijalankan serentak bagi semua SM dan SR. Bagi sekolah akak, pemantauan telah dijalankan oleh PPD, pegawai dari JPM dan kami amat bertuah kerana Pengarah Pelajaran Melaka, Tn Hj Isa bin Abu sanggup turun padang menziarahi kami yang sedang berkursus. Terima kasih tuan.




Seramai 3 orang penceramah yang dijemput untuk menjayakan LDP kali ini. Penceramah itu tidaklah jauh sangat dari kami. Kami mengambil langkah berjimat cermat dengan menggunakan khidmat guru-guru untuk menyampaikan dan mengupas berdasarkan tajuk yang diberi. Kali pertama ini, GPK 1 En Johari Abu Bakar telah berjaya membantu guru-guru dalam pengurusan Q-net. Ia diperkukuhkan lagi oleh Pn Fauziah selaku setiausaha peperiksaan dengan mengadakan bengkel pengurusan Q-net selepas itu. Guru-guru begitu bersungguh-sungguh menyiapkan hasil perbengkelan.

Sedikit input berkaitan pengurusan Q-net:-

1. Sasaran sekolah untuk cemerlang dan lulus berdasarkan pencapaian terbaik selama 3 tahun (PMR & SPM)
2..Meneliti pencapaian sekolah tahun 05, 06 dan 07( PMR & SPM).
3. Sasaran sekolah adalah yang tertinggi dalam 3 tahun dan ditambah 5%
4. Cemerlang adalah pelajar yang mendapat ‘Straight As’

Untuk Peringkat Sekolah:

Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan:
Kumpulan C : Pelajar-pelajar straight “A”
Kumpulan L : Pelajar-pelajar lulus PMR & SPM
Kumpulan H: Pelajar-pelajar tidak lulus

Untuk Peringkat Panitia:

Pelajar bagi m/p berkenaan dibahagikan kepada 3 kumpulan:
Kumpulan C : Pelajar-pelajar dijangka dapat “A” dlm m/p berkenaan
Kumpulan L : Pelajar-pelajar dijangka lulus dlm m/p berkenaan
Kumpulan H : Pelajar-pelajar yang mungkin gagal dlm m/p berkenaan

C:Cemerlang L: Lulus H: Harapan




Kami cukup berpuas hati kerana guru-guru tidak berganjak dan meneruskan LDP sehingga ke slot yang ke 3.Slot ini diambilalih oleh Tuan Pengetua sendiri dengan memberi penekanan terhadap Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Walau pun semua guru sedia maklum kepada P&P berkesan tapi perlu ada pengulangan demi pengulangan sebagai ingatan dan pengukuhan di samping ada input yang baru yang dapat dikongsi bersama dan diamalkan oleh semua guru. Pengetua lebih menekankan kepada class control. Seorang individu yang memegang jawatan sebagai seorang guru mesti bijak dalam mengawal kelas pengajarannya jika tidak dia gagal sebagai seorang guru. Semua guru adalah guru disiplin. Guru harus ada kemahiran mendisiplinkan pelajar. Kemahiran ini tidak akan didapati jika sekiranya guru asyik leka membiarkan muridnya membuat sesuka hati semasa beliau mengajar. Sikap demikian akan menyebabkan kegagalan pelajar.

RAGAM GURU SETELAH SELESAI BENGKEL


GURU YANG PALING AKTIF BERTANYA

HEBAT TAK USTAZ?.....

VIDEO KLIP BERKAITAN LDP 1


4 comments:

Rashid said...

Syabas kerana LDPnya begitu hebat dan berjaya sekali. Pengisiannya tajuk slot juga hebat. Begitu terancang sekali..

Saya tabik pada pihak penganjur kerana dapat selaraskan sekaligus..

JIE JIE said...

Salam Rashid>>t/kasih atas pujian.Kat Kelantan macam mana erk?

Hajar said...

salam kak jie jie...wahhh best gak ada aktiviti camni utk meningkatkan prestasi guru...semoga guru2 terus cemerlang mendidik anak bangsa tercinta...

Kak Jie Jie said...

Hajar>> betul betul betul betul betul....harap dia orang lepas ni ingat berterusanlah dan tak payah lagi diulang tayang kan kan kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...