Followers

Wednesday, September 28, 2011

SAmButAN KEMERDEKAAN KE 54

Salam semua

Sambutan  Hari Kemerdekaan ke 54 dijalankan cukup bermakna. SMKAM mengadakan sambutan dengan berbagai aktiviti keseluruhannya berbentuk pertandingan di antara warga sekolah. Perasmiannya dirasmikan oleh Mantan Pengetua SMKAM Pn Mismy Binti Mohamad sementara Majlis Penutupnya dirasmikan oleh Tn pengetua sendiri.



 Semarak sambutan dengan kibaran bendera dan banting
 Perasmi Pembukaan bertudung biru dua dari kiri di barisan hadapan
 Guru bersama pelajar bersama menyanyikan lagu2 patriotik termasuk lagu tema hari kemerdekaan ' 1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'

YDP PIBG Tn Hj Mohamad Yatim Bin Husin juga ikut serta bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan.














Pada tarikh 28 September 2011 Majlis Penutup Bulan kemerdekaan diadakan. Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dan mendapat kemenangan tersenyum lebar kerana mendapat hadiah pada hari ini.

Antara ucapan yang disampaikan oleh Pengetua ialah meminta pelajar supaya membuat transformasi diri menjadi cemerlang agar dapat menyahut wawasan negara menjadi maju 2020. Beliau memberi 1 contoh Amerika Syarikat. Menurut beliau AS mahu kekalkan negaranya sentiasa maju, mereka sanggup membeli rakyat-rakyat negara yang maju, yang celik akal dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi dan layak sebagai warganegara AS. Kerana itu menurut beliau rakyat India sanggup meniru dalam peperiksaan supaya mendapat first class kerana dengan ini mereka secara automatik mendapat kerja di AS dan menjadi warganegara AS.

Beliau mengingatkan kepada pelajar untuk mendapat 9A semestinya pelajar belajar sendiri s4elama 4 jam sehari dan mestilah konsisten, Beliau yakin semua pelajar boleh berjaya dengan cemerlang. Beliau mengingatkan p[elajar agar terus bergerak pantas mengikut masa.






kebanyakan perempuan, mana lelakinya?



apa yang digelakkan tu..........

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 bakal menduduki SPM nanti 14 Nov 2011.

amboii.......... tahniah. Tahun depan  masuk bertanding lagi ye!










 Beratnyerrrr.........


 haa tu diaaaaaaaaa haih...


 senyum melebar bila dapat hamper....caya lah. Kasi bintang pd pelajar Pendidikan Khas
 Pengetua  begitu sabar menunggu pelajar menerima hadiah.
bukan main lagi Pn Haesah ni.. senyum melebar bila dapat hamper kemenangan bilik ceria merdeka. Dapat nombor dua pun jadilah...tahniah.

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PMR DAN SPM

Salam buat semua

Pada hari ini 29 Sept 2011 jam 6.30 ptg - 9.30mlm akan diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau SMK AIR MOLEK.

Semua ibubapa dan pelajar yang menduduki PMR dan SPM dijemput hadir untuk bersama berdoa dan memohon agar kita beroleh kejayaan yang cemerlang dalam PMR dam SPM. Diharap moga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...