62. KHASIAT CIKU
Salam semua
Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk
merawat masalah bawasir (buasir). Caranya adalah dengan mengambil buah
ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air
panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.
Ada cara yang lain iaitu 7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan
diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap
hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.
Selain
untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang
tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Sering
memakan buah ciku juga dipercayai dapat mengurangkan risiko untuk
menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser. Disamping itu, ciku
juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya
kalsium.
1 comment:
Salam. Mohon izin untuk kongsikan info ini diblog dan saya linkkan ke blog ini. Terima kasih.
Post a Comment