Followers

Thursday, March 12, 2009

SEKOLAH SEMAKIN BAIK









SALAM MAULIDURRASUL BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM. MINGGU INI PELAKSANAAN PEMAKAIAN BAJU UNIFORM SEMAKIN BERTAMBAH BAIK. PELAJAR-PELAJAR SUDAH MEMAHAMI PERATURAN BERUNIFORM TERMASUK JUGAK GURU-GURU. HARI RABU MINGGU LEPAS AKAK ANGGARKAN 85% GURU-GURU DAN PELAJAR MEMAKAI BAJU UNIFORM BAGI SETIAP BADAN UNIFORM YANG DICEBURI. PELAJAR JUGAK MEMAHAMI BAHAWA SETIAP HARI RABU PERHIMPUNAN KO KURIKULUM AKAN DIJALANKAN TEPAT JAM 7.30PAGI DENGAN MENGIKUT GILIRAN YANG DITETAPKAN. RABU BARU INI ADALAH GILIRAN BAGI BADAN BERUNIFORM SEMENTARA UNTUK RABU MINGGU BERIKUTNYA PEMAKAIAN BAJU ADALAH UNTUK PERSATUAN DAN KELAB. KIRANYA PELAJAR DAPATLAH MEREKA MERASA KELAINAN SIKIT DALAM BERPAKAIAN. TAK ADA LAH MEREKA SEPANJANG MINGGU DENGAN UNIFORM SEKOLAH. SEKURANG-KURANGNYA MEREKA BOLEH BERGAYA DENGAN UNIFORM PERSATUAN/KELAB MEREKA DAN MENINGKATKAN SEMANGAT MEREKA BILA MENGGAYAKAN BAJU UNIFORM BADAN UNIFORM MEREKA. BEGITU JUGAK DENGAN GURU-GURU.


Barisan Tertinggi Pentadbiran Dan Pengurusan SMKSBM

SEPERTI BIASALAH BILA PERHIMPUNAN DIJALANKAN, PENGERUSI MAJLIS ADALAH DI KALANGAN PENGAWAS SEKOLAH. RABU LEPAS, DIA SUDAH MULA MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEPENUHNYA DALAM PENGACARAANNYA. BEGITU JUGA DENGAN BACAAN DOA, SUDAH DITRANSLATEKAN KE BAHASA INGGERIS. KALI INI GURU BAHASA INGGERIS MEMBUAT PERSEMBAHAN NYANYIAN BERAMAI-RAMAI. BELIAU MENGEDARKAN LIRIK LAGU BAHASA INGGERIS UNTUK PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU UNTUK NYANYI BERSMA BELIAU. LAGUNYA BIASA DIDENGAR. PUN BEGITU CUKUP SERONOK BILA DILAGUKAN BERSAMA-SAMA. RASA TIMBUL SATU KEMESRAAN DAN KESATUAN DI ANTARA GURU-GURU DAN ANAK-ANAK PELAJAR.

NI LIRIK LAGUNYA:

THE HAPPY WANDERER

I LOVE TO GO A WANDERING
ALONG THE MOUNTAIN TRACK
AND AS I GO, I LOVE TO SING
MY KNAPSACK ON MY BACK

CHORUS:
VAL-DERI, VAL-DERA,VAL-DERI,
VAL-DERA-HA-HA-HA-HA
VAL-DERI, VAL-DERA
MY KNAPSACK ON MY BACK

I LOVE TO WANDER BY THE STREAM
THAT DANCES IN THE SUN
SO JOYOUSLY IT CALLS TO ME,
"COME! JOIN MY HAPPY SONG" (CHORUS)

I WAVE MY HAT TO ALL I MEET
AND THEY WAVE BACK TO ME,
AND BLACKBIRD CALL SO LOUD AND SWEET
FROM EV'RY GREEN WOOD TREE. (CHORUS)

( TERINGAT MASA KECIK-KECIK DULU BILA NYANYI LAGU MACAM NI. CUKUP TERHIBUR DI HATI INI. HA HA HA HA HA)



PELAJAR PUTERI ISLAM MEMBUAT PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN DARI BADAN BERUNIFORM SILAT TIDAK KETINGGALAN MENUNJUKKAN SEDIKIT ASAS-ASAS SILAT YANG DIPELAJARI. BEGITU JUGA PERSEMBAHAN DARI PELAJAR BULAN SABIT MERAH. CUKUP MEMBERI CABARAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG SUSAH UNTUK BERBAHASA INGGERIS. BUKAN PELAJAR SAHAJA TETAPI KEPADA GURU-GURU JUGAK. TERMASUK JUGAK AKAK NIII. HA HA HA HA HA HA. TERINGAT KATA-KATA PENGETUA, DIA TIDAK PANDAI BERBAHASA INGGERIS KERANA DIA MEMANG MELAYU 'TOTOK'TAPI BILA DIJEMPUT UNTUK MEMBERI UCAPAN, NAIK SEGAN DAN CUKUP TERCABAR JUGAK AKAK, KERANA INGGERIS MELAYU TOTOKNYA CUKUP KELAS.HA HA HA HA. ADUH HAIII.

TAHNIAH. MOGA BERJAYA DI PERINGKAT NEGERI PULAK OK!



HARI INI KEPUTUSAN SPM SUDAH KELUAR. TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR KERANA PRESTASI PENCAPAIAN MENINGKAT 2%. ALHAMDULILLAH. KIRA SUDAH BAGUS BAGI SEKOLAH YANG DIKATAKAN MARHAEN INI. TAHNIAH JUGA KEPADA PELAJAR YANG MEWAKILI SYARAHAN PERINGKAT DAERAH. SMKSB TELAH BERJAYA MENJADI JOHAN BAGI SYARAHAN LELAKI DAN NAIB JOHAN BAGI SYARAHAN PEREMPUAN. TAHNIAH, TAHNIAH TAHNIAH MOGA MENDAPAT JOHAN DI PERINGKAT NEGERI. AMIN.

6 comments:

jeff said...

>> my son pun setiap minggu kena pakai uniform untuk perhimpunan...

JIE JIE said...

ha ah jeff. Memang diwajibkan sekarang ni. Tapi sekolah akak baru dimulakan tahun ini. Terima kasih

Mamasya said...

Salam K.jie..

Satu kelainan bila pelajar pakai uniform selain dr uniform sek...harap mereka lebih semangat utk ke sek. bagus sek k.Jie menerapkan penggunaan BI semasa perhimpunan dlm kesibukan org memperkatakan ttg penggunaan BI dlm math di sek ren...entahlah napa ada gak tak setuju penggunaan BI..sedangkan di peringkat awal kanak2 sudah sepatutnya dibiasakan dg penggunaan BI agar mereka tak rasa BI tu susah sgt.
tahniah juga buat pelajar yg berjaya dlm pertandingan syarahan..
re; K.Jie, kamera yg digunakan tu kamera Nikon D80..sebelum ni guna Nikon jugak tp yg jenis compact.

JIE JIE said...

Salam buatmu jua ziela.
Betul tu ziela. Ade nampak perbezaan kehadiran mereka berbanding tahun lepas. Terima kasih pd ziela kerana bagi sokongan dan ucapan tahniah.Pasal kamera tu pernah jugak akak dengar. Nanti lah mungkin kalau sony akak ni masih lagi mcm dulu InsyaAllah diganti kot. Terima kasih

Rashid said...

Wah begitu menarik sekali. Barisan pengurusan telah menunjukkan contoh yang baik..

Bukan semua sekolah yang mampu mengikut contoh ini.

Moga pemakaian uniform semakin menyeluruh..

Kak Jie Jie said...

rashid>> Pemakaian uniform di Kelantan macamana pulak ye? Apa-apa pun pihak pengurusan mesti satu kepala dan understanding..kalau tidak hancusss..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...