Friday, May 29, 2009
KUASA MEMIMPIN
Terdapat 7 jenis gaya dan kuasa memimpin. Kenali gaya kepemimpinan yang anda sudah miliki. Anda juga boleh memupuk jika ada yang tiada pada anda. Semuanya berguna jika diguna pada tempat dan waktu yang sesuai.
Kuasa Hukuman dan Pasukan
Hukuman hanya jadi tindakan akhir bagi seorang pemimpin setelah segala pendekatan diplomasi digunakan. Ingat! Setiap orang layak untuk menerima peluang kedua malah ketiga kerana mereka mahu belajar dari manusia bernama pemimpin.
Kuasa Ganjaran
Kuasa ini digunakan untuk menghargai, memotivasi dan memberi suntikan kepada orang yang anda pimpin setelah mereka selesai melakukan tugas. Setiap usaha mereka mesti dihargai. Berikan ganjaran dengan sekurangnya mengucapkan “Terima kasih” atau lebih baik ucapkan “Tahniah, anda melakukan tugas dengan baik!” Ia memberi tenaga positif kepada orang yang anda pimpin.
Kuasa Undang-undang
Gunakan dalam ruang atau bidang kuasa anda sahaja. Itupun secara hormat dan dalam bentuk meminta pertolongan. Jangan gunakan nada seperti mengarah-arah kerana orang akan anggap anda gila kuasa!
Kuasa Kepakaran
Gunakan ketika sesuatu isu atau masalah melibatkan kepakaran anda. Contohnya, organisasi dalam proses membuat perancangan gerak kerja dan anda merupakan pakar strategi… jangan sia-siakan kepakaran anda, buka ruang untuk orang merujuk anda atau jangan tunggu orang tanya anda, sebaliknya lontarkan pandangan dan kepakaran anda dalam bentuk persuasive.
Kuasa Ilmu dan Maklumat
Anda menjadi sumber kepada pengetahuan dan maklumat. Anda akan menjadi sasaran kepada orang yang anda pimpin untuk mendapatkan maklumat. Gunakan secara bijaksana dengan melatih orang yang dipimpin untuk turut belajar menguasai ilmu dan maklumat.
Kuasa Personaliti dan Karisma
Gunakan setiap masa anda kehadiran anda dirasai dan ketiadaan anda dirindui.
Kuasa Mendorong
Kuasa ini amat berguna dan penting digunakan di saat pengikut anda rasa lemah semangat untuk melakukan sesuatu tugas atau ditimpa masalah. Dalam keadaan biasa juga, kuasa ini penting digunakan untuk menyuntik semangat positif kepada orang yang dipimpin
SUMBER: AMIN IDRIS
Labels:
KEPIMPINAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment