Followers

Tuesday, December 3, 2013

25. MENGKUDU BESAR, NONI, QUEEN OF MORINDA,CHEESE FRUIT, INDIAN MULBERY,HOG APPLE, PAIN KILLER TREE, (MORINDA CITRIFOLIA.)



Mengkudu berasal dari Kepulauan Hawaii. Ada mengkudu besar dan ada mengkudu kecil. Mengkudu besar daunnya lebar dan besar dan buahnya besar sementara mengkudu kecil daun lebih kecil dan buahnya sebesar guli. Pucuk mengkudu boleh dibuat ulam mentah atau direbusatau dimasak lemak. Masak lemak pucuk mengkudu memang dikenali di Kelantan terutama bulan puasa. 


Buahnya yang muda juga boleh dibuat ulam dan dibuat rojak (Singapura) 
Buahnya yang masak berwarna putih kekuningan terlalu kuat baunya. Ada yang mengatakan seumpama muntah jadi dia disebut Vomit Fruit. Di Barat mereka mengatakan bau buah mengkudu umpama keju.(Cheese Fruit). Baunya yang busuk menyebabkan ramai yang tidak mahu memakannya. Rasa buah mengkudu yang masak sedikit payau, sedikit manis, pedas dan rasa semacam minyak. Mengkudu besar mempunyai biji yang banyak dan terlalu keras 



KEGUNAAN. 

1. Mandian selepas bersalin bagi mencergaskan badan. 
Daunnya digunakan sebagai campuran mandian 

2. Alas tungku bagi perempuan lepas bersalin - Daunnya juga digunakan bagi membantu 
mengeluarkan darah nifas selepas bersalin. 

3. Meredakan kesakitan akibat demam, bengkak dan terseliuh 

4. Mencegah diebetes 

5. Merawat darah tinggi 

6. Merawat batu karang 

7. Penawar semasa gangguan kencing tak lawas 

8. Mengubati senggugut dan pendarahan 


9. Mencegah penyakit barah 

10. Mencegah dan melegakan asma 


11. Mencegah demam kuning dan reomatoid 

12. Mencegah penyakit nyanyuk 

13. Melambatkan proses penuaan. 

14. Baik untuk limpa 


15. Mengecutkan rahim 

16. Merawat hepatitis 

17. Penyakit kulit. 

Cara penggunaannya ialah buahnya yang masak dikisar dan dijadikan jus. Jusnya diminum. Jusnya juga boleh digunakan untuk kegunaan luaran. Jusnya selamat diminum pada bila2 masa, 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...