Followers

Thursday, April 30, 2009

RIMUP




















Salam Buat semua

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP)peringkat sekolah telah dijalankan pada 23 April bersamaan Hari Khamis minggu lalu adalah gabungan dua buah sekolah iaitu SMK Seri Bemban dan SM Teknik Jasin.




Kelompok RIMUP yang ditetapkan oleh JPN Melaka telah kekal sejak RIMUP diperkenalkan. Yang menjadi masalah ialah kekurangan pelajar bukan Melayu iaitu dari golongan India dan China amat ketara kerana bagi SM Teknik, majoriti pelajarnya adalah Melayu hanya seorang sahaja pelajar India, sementara pelajar India dan China dari SMK Seri Bemban dijumlahkan hanya 13 orang, diambil kira dari semua pelajar bagi Tingkatan 4 yang terpilih. Kesemua pelajar yang terlibat dengan aktiviti RIMUP adalah berjumlah 160 orang. Walau bagaimanapun RIMUP tetap berjalan dengan lancar dan apa yang diharapkan supaya lahir perpaduan di antara kaum juga tercapai walaupun sedikit sahaja di kalangan pelajar India dan China.Gabungan antara kaum dalam permainan jelas menampakkan perpaduan dan melahirkan ikatan persahabatan di antara SMK Seri Bemban dengan SM Teknik Jasin.Pengisian untuk satu hari RIMUP adalah dua slot ceramah iaitu ceramah motivasi dan ceramah perpaduan. Sementara selepas itu diteruskan dengan beberapa permainan yang menyeronokkan peserta.





RIMUP telah dirasmikan penutupan oleh wakil YB En Chua Kheng Hwa (ADUN Kawasan Bemban) iaitu Penghulu Bemban En Jazlee bin Pit. Kami bagi pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Penghulu Bemban yang sudi datang merasmikan majlis Penutup RIMUP dan tidak lupa kepada YB kerana menyumbangkan Wang sebanyak RM1000.00 kepada sekolah. Jasamu dikenang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...