Followers

Thursday, April 30, 2009

PROGRAM SINAR HARAPAN







Salam Buat Semua

Program Sinar Harapan dijalankan pada Selasa 28 April 2009 yang bertujuan untuk sifarkan masalah ponteng sekolah. Sasaran adalah pelajar-pelajar yang sudah 10 hari ponteng sekolah tanpa sebab~bersurat atau MC.

Sebelum ini, perjumpaan setiap hari bagi pelajar yang ponteng dilakukan di tapak perhimpunan oleh Guru Kaunseling. Teguran dan nasihat juga telah disampaikan oleh GPK HEM SMK Seri Bemban. Soal selidik kepada sasaran pelajar ponteng juga diedarkan dan didapati majoriti memilih sikap malas belajar dan malas datang ke sekolah.

Pengisian kepada program ini ialah ceramah dari anggota polis IPK Melaka Chef Inspektor Pn Maimunah Binti Ghazali ( Pegawai Hal Ehwal Awam ). Beliau menarik perhatian pelajar dengan gejala sosial ponteng sekolah. Sementara ceramah yang kedua adalah dari wakil JPN Melaka berkaitan Pengurusan Disiplin yang menurus kepada ponteng sekolah. Slot ini disampaikan oleh En Mohd Rezel Masah ( Penolong Pengarah Disiplin, Sektor Pemabngunan Kemanusiaan, JPNM.

Di samping itu diselitkan persembahan Multimedia oleh guru pelatih bahagian Kaunseling dan sebabak lakonan yang dilakunkan oleh pelajar SMK Seri Bemban. Slot yang terakhir ialah LDK ( latihan dalam kumpulan )yang dikendalikan oleh dua orang guru pelatih kaunseling.

Satu lagi program yang akan dilakukan selepas ini ialah lawatan dan kunjungan GPK HEM bersama Guru Kaunseling ke rumah pelajar-pelajar yang masih tegar dengan ponteng sekolah. Lawatan dan kunjungan mesra ini diharapkan mendapat kerjasama dri ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah ponteng sekolah anak-anak mereka.

Diharapkan program yang dijalankan dapat mengatasi masalah ponteng pelajar dan mengajak pelajar supaya membuat penambahbaikan dalam membentuk sahsiah terpuji dan berketrampilan

Kepada AJK yang terlibat diucapkan jutaan terima kasih dan diharapkan program ini bukan hanya setakat program sahaja tapi tindakan susulan yang berterusan patut dijalankan secara tekal dan beristiqamah.


Perasmian penutup program dirasmikan oleh Ayahanda Pengetua SMK Seri Bemban.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...