Followers

Thursday, April 30, 2009

BINA TAPAK KEM PERKHEMAHAN






















Salam Kembali

Pada Rabu 24 April yang lalu,pengetua bersama tiga orang pentadbir, seorang pekerja dan beberapa orang pelajar telah mengadakan operasi membersih hutan dan kawasan semak untuk dijadikan tapak perkhemahan pelajar. Kawasan milik SMK Seri Bemban yang berada di luar pagar padang sekolah sudah terbiar agak lama sehinggalah apabila satu permintaan untuk meluaskan kawasan padang sekolah diajukan kepada JPN Melaka kerana padang tidak mencukupi saiz yang sepatutnya. Usaha permulaan ini dijalankan oleh Pengetua ke 3 iaitu PN HJH RUKIAH MUSTAKIM. Perbincangan dengan diadakan dengan exco Pendidikan Negeri Melaka tapi setakat ini belum ada apa2 tindakan.



TENGOK!!!!!!!! SUDAH CANTIKKKKKKKK.

Penerusan telah diambil alih oleh pengetua baru. Hari Rabu sebelumnya beliau bersama seorang pentadbir telah membuat lawatan tinjauan ke tapak tersebut. Dan pada Rabu berikutnya kami bersama-sama menebang, menebas dan membuang ape yang patut untuk membersihkan kawasan semak tersebut. Kawasan itu memang sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan dengan adanya aliran anak sungai yang jernih dan cetek. Jika ada kerjasama antara semua pihak, kawasan ini dapat di 'clearkan' cepat dan boleh dibuat operasi secepat yang mungkin. Usaha penebangan, pencantasan akan diteruskan lagi pada Rabu minggu depan. Mungkin pada Rabu itu nanti kami akan mengadakan perkelahan di tepi anak sungai itu.....Seronok bila melakukan kerja sebegini...jauh dari mengadap buku dan papan hitammmm. Dapat bergayut dengan akar kayu mempelas yng berjuntai, mengingatkan kepada zaman kanak-kanak dahulu...Tak sabar rasa menanti hari Rabu berikutnya ituuu.......

SEMPAT TARIK TARIK TALI DENGAN MENGGUNAKAN AKAR MEMPELAS.

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA





Salam Buat Semua

Isnin 27 April yang lalu SMK Seri Bemban telah mengadakan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia anjuran Pusat Sumber Sekolah.Sepatutnya hari buku ini dijalankan pada 23 April seperti yang disarankan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia ( MBKM )tetapi kerana beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan maka hari tersebut terpaksa dijalankan pada 27 April 2009.

Sebenarnya Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyrights day ) telah diraikan semenjak tahun 1996. Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( UNESCO ) telah menetapkan 23 April setiap tahun sebagai hari yang istimewa. Setiap tahun lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan dan perlindungan harta intelek melalui hak cipta. Sehubungan dengan itu Majlis Buku Kebangsaan Malaysia menyarankan agar hari 'istimewa' ini turut dijayakan dalam perhimpunan khas di peringkat sekolah.

Antara matlamat ialah mengembangkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah di seluruh negara. Program ini jugak berobjektifkan untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat. memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta sedunia yang diiktiraf oleh badan antarabangsa dan memberi peluang kepada masyarakat terutama pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perbukuan.

TEMAN-TEMAN FP dan BLOGgerS

Search This Blog