Followers

Thursday, March 5, 2009

PESERTA NYANYIAN SOLO SMK SERI BEMBAN KE PERINGKAT NEGERI


KHUZAIF SEDANG BERAKSI. GAMBAR-GAMBAR SEMASA REHEASAL.




NORSYAFIKA MENGAMBIL GILIRAN BERAKSI DI PENTAS.

SUARANYA ALA-ALA AGNES MONICA


Pada 5 mac 2009, Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Jasin telah di adakan di SMK Jasin. SMK Seri Bemban telah melayakkan diri ke peringkat negeri. Tahniah buat Nor Syafika pelajar tingkatan 2 yang mengambil lagu Matahariku nyanyian Agnes Monica sebagai lagu pilihannya. Untuk melihat aksi beliau sila klik di link Youtube sebelah. Tahniah juga buat tenaga pengajar yang sanggup berkorban masa dan tenaga membimbing beliau sehingga dapat mencapai ke tahap ini. Mereka adalah En Razar dan Cik Zainab ( lihat gambar pada entry merentas desa. Guru yang mencatat nombor pelajar tuuu )


Syafika sempat test suara sementara menunggu gilirannya tiba. Di sebelahnya En Razar yang khusyuk mendengar. Kebetulan peserta waktu itu juga mengalunkan lagu Matahariku. Apa lagi ambik peluanglahh.




Sebenarnya SMK Seri Bemban menghantar dua orang pelajar. Pelajar lelaki yang bernama Khuzaif tidak dapat mewakili negeri kerana mendapat tempat ke 6. Walau pun begitu tahniah buat beliau. Kami cukup berpuas hati dengan persembahan yang beliau persembahkan tapi apakan daya mungkin kemenangan tidak di tangan beliau. Kira ok jugaklah nombor 6 dari 21 orang peserta. Melihat kepada persembahan beliau, beliau ade potensi untuk maju jauh ke depan.

Cuma saya nak ingatkan kepada Adik Syafika dan Khuzaif jangan terlalu leka dengan nyanyian sehingga lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Nyanyi nyanyi jugak tapi belajar dan menimba ilmu itu jangan tolak ke tepi.

3 comments:

Anonymous said...

>> tuan haji isa abu kalau berucap best dengar...:-d
>> sempoi je...

MamaFaMi said...

Ini calon Akademi Fantasia ke berapa ni Kak Jie Jie? Hehehe. Kita dengar dia nyanyi, not bad gak..

Kak Jie Jie said...

>>Jeff, itulah tuan pengarah saya. Memang dia cool.Terima kasih jeff.

>>mamafami, pelajar sekolah akak ni, akademiknya sikit kurang, yang menonjol inilahhh. Akak rasa pun dia boleh pegi jauh dengan suaranya ni.Terima kasih mama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...