Followers

Saturday, January 7, 2012

64.Maman Hantu


Maman Hantu / Cleome gynandra L / pai huat tsai / man ma tia / kabani/ kadugu

Pohon pokok maman ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Ia tumbuh secara menegak dan mempunyai batang dan ranting-ranting yang berbulu atau berambut. Bentuk daun pokok maman ini mempunyai 5 helai daun membentuk satu kelompok. Manakala, pada bahagian pucuknya terdapat tiga helai dan daunnya yang lebih kecil, ia boleh dilihat pada berhampiran bunga pokok maman.
khasiatnya

Daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang.
Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.

Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.


Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

1 comment:

muzaha said...

info yg bermanfaat.tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...