Followers

Wednesday, January 11, 2012

65 BUAH DABAI


Salam semua
Saya cukup tertarik dengan artikel yang dipost oleh seorang teman di Group Herba Khazanah Warisan Facebook yang saya wujudkan sebulan  yang lepas . Terima Nurul Aishah Kong dari Sarawak atas sumbangan ikhlas anda!
Buah Dabai.....
Di kawasan pedalaman Sarawak umpamanya, terdapat beberapa jenis buah-buahan hutan yang sering dijual di pasar seperti dabai.

Buah dabai atau nama saintifiknya Canarium odontophyllum merupakan sejenis buah yang menyerupai buah kurma.

Ada juga penduduk di Bumi Kenyalang memanggil buah dabai sebagai buah zaitun Sibu kerana buah ini banyak terdapat di bahagian Sibu, Kapit dan Sarikei.

Biarpun buahnya keras bagaikan batu namun cukup popular di negeri ini dan dijual pada harga antara RM3 hingga RM30 sekilogram mengikut kualiti buah tersebut.

Bak kata orang, kalau datang ke negeri Bumi Kenyalang, tidak lengkap sekiranya tidak makan buah dabai walaupun sebiji.

Buahnya berwarna putih ketika putik dan akan bertukar kepada warna kehitaman apabila masak.

Dabai mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan buah lain kerana ia perlu direndam di dalam air suam terlebih dahulu sebelum dimakan kerana isinya sangat keras.

Selepas sepuluh minit barulah buah dabai boleh dimakan sama ada begitu sahaja atau dengan menggaulkannya di dalam kicap bercampur gula serta sedikit garam dan cili.

Bagi penduduk di Sarawak, mereka gemar memakan buah dabai dengan nasi yang masih panas dan dabai dijadikan sebagai ulam kerana rasanya lemak.
Difahamkan, buah dabai mengandungi protein, lemak dan karbohidrat.

Selain isinya yang enak, bijinya juga boleh dimakan namun terpaksa memecahkan lapisan keras terlebih dahulu sebelum mendapat bijinya yang terasa seperti kacang segar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...