Followers

Thursday, July 2, 2015

`BERPINDAH LAGI.

ASSALAMUALAIKUM

RAMADHAN KAREEM. Selamat berpuasa semua.

Akak rasa terpanggil untuk update blog yang dah lama ditinggalkan. Bukannya apa terasa rindu pulak untuk menulis.

Akak berpindah lagi. macam yang akak cakapkan dulu perjalanan hidup akak di melaka ni macam orang Badwi yang berpindah randah. Maksud akak perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang sama berulang kali. tapi kali ini sudah jauh mensasar ke tempat yang belum pernah kenal dan pernah 1 kali jejak kaki di tempat tersebut bagi meraikan persaraan pengetuanya.

Sebenarnya perpindahan ini merupakan satu rahmat bagi akak.  SMA As Saiyidah Khadijah Serkam Melaka merupakan salah satu SABK di Melaka yang cukup terkenal dengan kecemerlangan akademik dan ko kurikulumnya. SAIKHAD mendapat tempat ke 4 dalam ranking dan band sekolah menengah Daerah Jasin 2014. 100% bagi keputusan PT3 dan SPM

Student SAIKHAD tidak ramai. Enrolmen terkini adalah 470 orang yang terdiri dari semua pelajar perempuan. Masalah disiplin tidak ada. Kehadiran pelajar ke sekolah 95% ke atas. Yang tak hadir dikenalpasti adalah kerana sakit dan demam.

Alhamdulillah semua warga SAIKHAD memberi komitmen dan kerjasama yang terbaik kepada kepimpinan baru: Akak diminta lapor diri pada Disember dan mula bertugas di SAIKHAD pada 5.1.2015. Kerjasama dan komitmen yang diberikan ini memberi ketenangan dan keseronokan bekerja di sini. Diharapkan agar ia berterusan dan SAIKHAD sentiasa berada di tangga kecemerlangan.














No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...