Followers

Monday, October 11, 2010

MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!.

Salam Semua,
 Jangan salah sangka dengan tajuk merdeka. Bukan sambut kemerdekaan 31 Ogos tetapi MERDEKA kerana sudah selesai menjalani peperiksaan PMR pada hari ini. Walau pun bagi pelajar, mereka sudah merdeka namun bagi guru tetap jugak risau menanti keputusan yang akan keluar nanti. Pelajar merdeka  tetapi pelajar tidak dilepaskan begitu sahaja. Sebenarnya bagi  pelajar SMK AIR Molek, last paper bagi pelajar Islam adalah semalam 11/10/2010. Jadi sebagai hari terakhir guru membuat sambutan special buat pelajar. Jam 4.04 minit guru-guru yang terdiri dari guru disiplin, kaunselor, GPK KO KU, GPK HEM dan GPK 1 sudah bersedia mengiringi pelajar pulang dengan selamat sehingga keluar pagar sekolah dengan berdiri penuh hormat di tempat-tempat yang ditentukan. Sambutan ini dibuat kerana mana lah tahu oleh kerana terlalu sukakan MERDEKA mereka meraikannya dengan membakar mercun atau melakukan perbuatan di luar jangkaan. Syukur al hamdulillah tidak ada kejadian yang berlaku, pelajar pulang dengan aman.



Pelajar-pelajar PMR cukup kami jaga kebajikan dan makan minum mereka. Atas inisiatif pengetua dan sumbangan serta kerjasama dari PIBG, semua pelajar dibekalkan dengan peralatan tulis seperti pen, pensil, pemadam dan pembaris agar pelajar tidak menjadi masalah bila menjawap peperiksaan. Satu perkara lagi, kami memberi sarapan pagi kepada mereka termasuk kepada pelajar-pelajar dari Sek Men Agama Al Rahmah yang menumpang pusat di sekolah ini. Kami tidak mahu mereka masuk ke dewan peperiksaan dengan perut berdendang lagu keroncong yang boleh mengganggu konsentrasi mereka untuk menjawap soalan peperiksaan. sarapan pagi tu tak la berat, cuma sedikit kuih dan minuman panas. Kalau bagi yang berat nanti kot mereka tidur pulak. Itu lah bermacam2 cara dan usaha yang kami cuba untuk membantu pelajar supaya mereka dapat jalani peperiksaan dengan baik dan lancar. 


 Pelajar bersarapan pagi di taman hasil usaha pelajar 4 Lanskap.
 Sambil makan sambil berbincang.

Bersarapan pagi sambil bersantai sementara memasuki dewan peperiksaan

 Pelajar dari Sek Men Agama Al Rahmah Solok Gaung


Kaunselor dan GPK Ko Ku mengambil peluang bersarapan dengan pelajar.

Pelajar-pelajar 4 Katering yang banyak membantu dalam penyediaan sarapan pagi sepanjang
PMR berlangsung.Dari penyediaan makanan, pengagihan, membersih peralatan terutama cawan minuman, menyusunnya semula sehinggalah mengemas bersih tempat memasak. Terima kasih kepada 4 Katering.
Cik gu respek kamu.
Amboi sempat posing tu.........


Mohon rakan-rakan cyber sama-sama doakan pelajar SMK Air Molek agar mereka mendapat kejayaan yang cemerlang. Terima Kasih.

1 comment:

Ruziawati Bukhari said...

smg semua pelajar beroleh kejayaan yg cemerlang.. kita doakan bersama.. Amin

T dh privatekan blog.. kalau boleh nak emel add supaya t boleh invite akak nanti..

ruziawatibukhari@yahoo.com

tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...