Followers

Wednesday, October 6, 2010

HARI KE 3 PMR

Salam semua.

Hari ini sudah masuk hari ke 3 PMR. Pelajar2 dilihat cukup ceria menghadapi PMR. Sebaliknya guru-guru pula yang berdebar-debar seolah-olah guru yang menghadapi peperiksaan.  Kami para pentadbir dan guru hanya berserah dan bertawakal kehadrat Ilahi moga segala usaha yang dijalankan memberi hasil pulangan yang membanggakan. Amin.

pelajar diberi taklimat sebelum memasuki dewan peperiksaan.


pelajar mengaminkan doa yang dipimpin oleh Ustaz Adnan.

 Para pelajar sekelian, di sini saya masukkan teknik meningkatkan kepantasan semasa menjawap soalan peperiksaan untuk panduan. Semoga ia dapat membantu.

Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan dan Ketepatan.
Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan?
�Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).
Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).
Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik ulang soalan yang sama, tentulah saya akan jawab semakin cepat sebab saya sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam peperiksaan bukan kena jawab soalan yang sama!”Benar, anda jawab semakin cepat kerana anda sudah ingat jalan penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam masa yang sama, anda akan ingat juga cara menjawab soalan begini jika anda jumpa soalan yang lebih kurang sama bentuknya di dalam peperiksaan nanti.
Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Anda akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat anda sedar bahawa kebanyakan cara menjawab�soalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika anda sudah faham danmahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama.

Selamat mencuba.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...