Followers

Sunday, March 11, 2012

22. MURUNGGAI

Salam Semua,
 
Pokok kelor atau Murunggai nama saintifiknya Moringa oleifera..Ia sangat sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema dan bagi mereka yang ingin berdiet serta bagi menambah air susu ibu. Bagi masyarakat filipina (kebetulan saya mempunyai sahabat yang berketurunan bisaya & tagalog) mereka juga mempunyai hidangan yang hampir sama dan menurut mereka sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit dan peredaran darah. Ia juga sangat lazat dicampur dengan bubur nasi terutamanya bubur jagung atau ditumis (tetapi rasanya agak sedikit pelik).”


Kegunaan lain pokok kelor ini ialah:

Menguruskan Badan. Akar pokok kelor boleh direbus dan dikatakan dapat dijadikan herba bagi menguruskan badan. Menurut mereka ia sangat mujarab untuk menguruskan badan tetapi risikonya ialah jika mengambilnya dikatakan sukar untuk menambah berat badan semula.

Khasiat untuk mata. Caranya ialah menggunakan perahan daun kelor dan dititiskan ke mata. Biasanya ia diberikan kepada seorang kanak-kanak. Ia agak menakutkan sedikit kerana mata mungkin sedikit pedih tetapi ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan mata.


Mencantikkan kulit. Caranya ialah menambahkan akar kayu kelor dalam pembuatan bedak muka (bedak sejuk) dan herba mandian. Ketika kecil saya pernah menggunakannya (campuran beras, kunyit hidup, akar kelor dll) untuk mandi dan ternyata ia dapat melicinkan kulit yang dapat dirasai sehingga 3 hari.

Sumber: http://fazlisyam.com/
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...