Followers

Monday, July 4, 2011

CERAMAH KEBERKATAN ILMU DALAM BELAJAR

Salam semua.

Ustaz Baharudin Bin Abdul Latif amat popular di kalangan sebahagian pelajar SMKAM. Kehadiran beliau sentiasa dinanti-nanti oleh pelajar kerana kepetahan dalam ucapannya cukup menyentuh hati semua pelajar. Pelajar tidak jemu mendengar ceramahnya walaupun ada sindiran sinis di dalamnya.

Ceramah ini diadakan pada 1 Julai 2011. Objektif kami adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu yang berkat. Keduanya ialah bagi menjelaskan tentang akibat seseorang yang tidak beradap ketika menuntut ilmu di samping membentuk akhlak pelajar ke arah sahsiah yang sempurna.



Guru-guru dan pelajar-pelajar tidak kering gusi mendengar ceramah.

' ingat ye adik-adik, untuk mendapat keberkatan ilmu adik-adik,selalu selalu pandang wajah mak, ayah.....cium tangannya adik-adik...........'


adik! supaya kita tidak mudah lupa.. jangan makan dan minum sisa-sisa semut, adik-adik...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...