Tuesday, November 3, 2009
ROKOK
GAMBAR HANYA HIASAN SEMATA.TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN PELAJAR SMK SERI BEMBAN
Posted By SYuN to SYAMSYUN84 at 10/31/2009~TMN2SYURGA
Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan bendung tabiat merokok
GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang.
Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ia bagi membendung tabiat merokok yang semakin serius di kalangan golongan muda terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.
Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan menyekat penjualan rokok berjenama murah yang dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.50 bagi 20 batang.
Antara jenama rokok murah yang mudah didapati di pasaran masa kini ialah Navy, Tex, American Legend, Bingo, Astro, Fisher, Virginia Slim, Paradox dan Lite-Up,
Beliau berkata, lambakan rokok berjenama murah di pasaran negara ini semakin membimbangkan kerana ia menjadi pilihan golongan muda.
"Harga runcit bagi 20 batang rokok berjenama di Malaysia ialah RM9.30 sekotak, jenama murah pula dijual kira-kira 73 peratus lebih murah," katanya.
Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok.
Beliau mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan menetapkan harga minimum bagi rokok 20 batang pada harga RM6.20 bermula Januari tahun depan.
"Bagaimanapun, harga itu terlalu rendah dan ia dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana pengguna masih mampu membelinya. Justeru, harganya wajar dinaikkan sehingga RM30 bagi 20 batang," katanya.
Harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).
Beliau berkata, gejala merokok di negara ini semakin membimbangkan dan lebih 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok manakala kira-kira 50 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dikesan merokok setiap hari.
Labels:
BERITA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jangan kira harga kat UK, US, singapore dll la.. nilai matawang diorang mmg tinggi. sama la air mineral sebotol..contohnya kat US sebotol harga USD 1 tp convert duit kita jd rm 3 kan. bg kita mahal.. tp bg diorang murah la USD 1 tu.. so x heranlah rokok diorang dlm RM 30 lebih sbb USD 10 je bg diorang biasa jer.. ape daa..
Post a Comment