Followers

Monday, February 16, 2009

BOSS BARU



"Kami warga sekolah mengucapkan selamat datang kepada pengetua baru kami, En Mohd Isa bin Salleh". inilah ucapan alu-aluan yang ditujukan kepada boss baru akak. Inilah kali pertama SMK Seri Bemban mendapat Boss lelaki. Sebelum ini semua ketiga-tiga pengetua adalah perempuan dalam usia 8 tahun beroperasi.

Akak dapati semua guru amat menyenangi pengetua baru ni. Akak pun tidak berkecuali. Ape tidaknya guru-guru yang selalu datang lambat, boleh datang lebih awal ke sekolah tanpa sebarang alasan.Yang selalu tak berada di pentas semasa perhimpunan sudah awal-awal berada di situ. Syukur di atas perubahan ini.

Boss akak ni sebenarnya pengetua cemerlang.Setelah bersama beliau selama 6 minggu ini, akak sudah dapat membaca ape kehendak dan impian boss akak ni. Beliau telah membuat sedikit analisis SWOT untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat di SMK Seri Bemban.

Justeru kerana itu, beliau telah sering mengingatkan guru-guru supaya kukuhkan integriti sebagai guru. Amalkan dahulu sebelum menyuruh pelajar melakukan. Ini bermakna guru haruslah menunjukkan teladan yang baik terlebih dahulu sebagai contoh guru hendaklah melupakan rokok bila berada di sekolah, baru boleh melarang pelajar menghisap rokok, barulah berkesan larangan itu.

Beliau sering menyebut tentang integriti teras modal insan berkualiti secara berulang-ulang. Mungkin inilah matlamat beliau yang ingin menerapkan nilai-nilai integriti di kalangan guru-guru di bawah jagaan beliau.

Awal ucapan beliau bolehlah dirumuskan di sini:
1. Bentukkan budaya Ilmu
Guru mengajar murid belajar~ Pastikan murid bersedia untuk belajar.
2. Bersama membendung masalah disiplin
3. Dapatkan sokongan ibu bapa
4. Wujudkan komunikasi dua hala
5. Tingkatkan prestasi kendiri
6. Adakan program waja diri
7. Perkukuhkan integriti
8. Wujudkan 'smart partnership'dengan melibatkan masyarakat.
9. Uruskan masa supaya lebih berkesan dan cemerlang~
'tiba sebelum masa,
kerja melebihi masa,
Dedikasi sepanjang masa'
10. Tingkatkan kompetensi diri
11. Sering membuat penambahbaikan.

Akhirnya beliau selalu menekankan ' Say what to do, Do what you say'


Moga ianya sentiasa berterusan dan beristiqamah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...