Followers

Friday, February 20, 2009

'MARHAEN'



ADA SATU HARI BILA SEORANG PENGETUA MENASIHATKAN PELAJARNYA SUPAYA JANGAN JADI SEPERTI MARHAEN, AKAK TAK FAHAM APE YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MARHAEN ITU. BILA DIKOREK-KOREK MAKSUDNYA.. RUPANYA ORANG YANG TIDAK PERNAH MENDENGAR NASIHAT, KURANG AJAR DAN TOLOL. BEGITULAH KATANYA. AKAK PUN TAK PASTI MAKSUDNYA. DAN AKAK JUGAK DENGAR DARI MASYARAKAT LUAR BAHAWA PELAJAR AKAK MARHAEN.BUKAN SEMUA PELAJAR AKAK YANG MARHAEN. SEBILANGAN KECIL SAJEE. BIASALAH TU DI MANA-MANA SEKOLAH PUN. AKAK JUGAK DENGAR DARI MASYARAKAT LUAR BAHAWA PELAJAR AKAK MARHAEN.BUKAN SEMUA PELAJAR AKAK YANG MARHAEN. SEBILANGAN KECIL SAJEE. BIASALAH TU DI MANA-MANA SEKOLAH PUN.

WALAUPUN ADE ORANG KATA SEKOLAH AKAK SEKOLAH MARHAEN, TAPI SEKOLAH AKAK JUGA MEMPUNYAI VISINYA IAITU INGIN CEMERLANG DI PERINGKAT DAERAH JASIN PADA 2010. RASA AKAK VISI TU AKAN TERCAPAI MEMANDANGKAN SUDAH ADA TANDA-TANDA DAN BUKTI KEJAYAAN YANG TELAH DIRAIH OLEH PELAJAR DALAM BIDANG KO KURIKULUM SEPANJANG JANUARI DAN FEBRUARI 2009. CONTOHNYA JOHAN SEPAK TAKRAW DI PERINGKAT DAERAH JASIN DAN JOHAN MENULIS KHAT DI PERINGKAT NEGERI. SETIAP PENYERTAAN YANG DISERTAI PASTI AKAN BEROLEH KEJAYAAN.TAHNIAH BUAT PELAJAR SMK SERI BEMBAN.




CUMA DARI SEGI AKADEMIK, SEKOLAH AKAK MASIH DI TAHAP SEDERHANA. KERANA ITU PENGETUA TELAH MENGAMBIL INISIATIF MENGASAH BAKAT PELAJAR BERTUTUR DALAM BAHASA INGGERIS DI PERHIMPUNAN KO KURIKULUM SETIAP PAGI RABU. JADI SEKARANG NI PELAJAR DAH TAHU BAGAIMANA NAK WISH DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA KEDUA TUUU. NOT BAD SEBAB PELAJAR BOLEH BERBAHASA INGGERIS DENGAN BAIK. ALHAMDULILLAH PELAJAR YANG SELAMA NI MALU-MALU UNTUK KE DEPAN SUDAH MULA BERANI DAN 'GAGAH'. MAJU TERUS SMK SERI BEMBAN.


Monday, February 16, 2009

BOSS BARU



"Kami warga sekolah mengucapkan selamat datang kepada pengetua baru kami, En Mohd Isa bin Salleh". inilah ucapan alu-aluan yang ditujukan kepada boss baru akak. Inilah kali pertama SMK Seri Bemban mendapat Boss lelaki. Sebelum ini semua ketiga-tiga pengetua adalah perempuan dalam usia 8 tahun beroperasi.

Akak dapati semua guru amat menyenangi pengetua baru ni. Akak pun tidak berkecuali. Ape tidaknya guru-guru yang selalu datang lambat, boleh datang lebih awal ke sekolah tanpa sebarang alasan.Yang selalu tak berada di pentas semasa perhimpunan sudah awal-awal berada di situ. Syukur di atas perubahan ini.

Boss akak ni sebenarnya pengetua cemerlang.Setelah bersama beliau selama 6 minggu ini, akak sudah dapat membaca ape kehendak dan impian boss akak ni. Beliau telah membuat sedikit analisis SWOT untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat di SMK Seri Bemban.

Justeru kerana itu, beliau telah sering mengingatkan guru-guru supaya kukuhkan integriti sebagai guru. Amalkan dahulu sebelum menyuruh pelajar melakukan. Ini bermakna guru haruslah menunjukkan teladan yang baik terlebih dahulu sebagai contoh guru hendaklah melupakan rokok bila berada di sekolah, baru boleh melarang pelajar menghisap rokok, barulah berkesan larangan itu.

Beliau sering menyebut tentang integriti teras modal insan berkualiti secara berulang-ulang. Mungkin inilah matlamat beliau yang ingin menerapkan nilai-nilai integriti di kalangan guru-guru di bawah jagaan beliau.

Awal ucapan beliau bolehlah dirumuskan di sini:
1. Bentukkan budaya Ilmu
Guru mengajar murid belajar~ Pastikan murid bersedia untuk belajar.
2. Bersama membendung masalah disiplin
3. Dapatkan sokongan ibu bapa
4. Wujudkan komunikasi dua hala
5. Tingkatkan prestasi kendiri
6. Adakan program waja diri
7. Perkukuhkan integriti
8. Wujudkan 'smart partnership'dengan melibatkan masyarakat.
9. Uruskan masa supaya lebih berkesan dan cemerlang~
'tiba sebelum masa,
kerja melebihi masa,
Dedikasi sepanjang masa'
10. Tingkatkan kompetensi diri
11. Sering membuat penambahbaikan.

Akhirnya beliau selalu menekankan ' Say what to do, Do what you say'


Moga ianya sentiasa berterusan dan beristiqamah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...