Followers

Thursday, November 15, 2007

PENGHARGAAN DARI JABATAN PELAJARAN





Pada perhimpunan bulanan yang diadakan pada 9hb Nov 2007, Pemenang Anugerah Bilik BOSS telah diberi penghargaan oleh Jabatan Pelajaran Melaka. Tuan Pengarah Pelajaran Melaka telah menyampaikan semula sijil-sijil, piala pusingan dan replika wang kemenangan kepada pemenang.

SMK Seri Bemban, Jasin Melaka dan Sk Dato Seri Baginda, masing-masing telah memenangi anugerah Naib Johan Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Anugerah Buku Teks yang dilangsungkan di Palace Of The Golden Horses di Seri Kembangan, Selangor.

Di samping itu pihak Jabatan Pelajaran Melaka telah memberi tambang bas percuma kepada kedua-dua buah sekolah yang memenangi Anugerah itu. Pemenang telah memilih sendiri lokasi yang akan dilawati. Mereka telah tertarik untuk melawat sebuah sekolah cemerlang di negeri Kelantan dan dijadikan sebagai 'benchmark' untuk pengurusan sekolah ke arah kecemerlangan.

Mereka akan mengadakan lawatan tersebut pada 25-27hb Nov ini.

Penyampaian semula hadiah kemenangan juga diberikan kepada SK Merlimau1 kerana memenangi hadiah Naib Johan dalam Pertandingan Kuiz Kesihatan Peringkat Kebangsaan.

2 comments:

mamasya said...

Assalammualaikum K.jie

Tahniah sekali lagi utk sek K.jie..
Yg mana satu K.jie ni...

MamaFaMi said...

Oh sini rupanya rumah baru Kak Jie eh? Akak ni cikgu ke? Naper tak update kak? Busy eh? About the blog, I'm willing to show whatever little that I know, insyaAllah. Kita tak pandai sangat, tipu sikit sikit tu retilah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...