SALAM SEMUA
Tumbuhan liar yang mempunyai rizom lebih kecil dari lengkuas biasa.
Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna putih dan mempunyai buah
berwarna hijau semasa muda dan merah semasa matang. Bunga dan buahnya
dijadikan ulam mentah atau dicelur sama seperti lengkuas biasa.
Lengkuas Geting dapat digunakan dalam masakan menggantikan Lengkuas Besar.
Kegunaan.
Kegunaan yang lazim dalam perubatan Melayu Traditional adalah sebagai antibakteria. Ia dapat mengubati penyakit kulit dan panau. Caranya adalah dengan mengetuk rizom hingga menjadi halus dan berbulu seperti berus. Ia digunakan bagi menggosok bahagian yang dijangkiti. Gosokan hendaklah dengan kuat seperti menyental. Ia juga digunakan sebagai bahan rebusan utnuk mandian selepas bersalin. Daun, batang dan rizomnya direbus bersama air dan direndam ke dalam mandian bagi melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan.

No comments:
Post a Comment