Terdapat
beberapa variasi selasih yang biasa dijumpai di Malaysia. Selasih
adalah tumbuhan herba semusim dan mati selepas buahnya masak. Kitar
hidupnya dapat dipanjangkan apabila pucuknya selalu dipangkas
menyebabkan ia lambat berbunga.ia tumbuh tegak dengan ketinggian antara
0.3 hingga satu meter.
Selasih mempunyai banyak cabang dan mempunyai batang separa berkayu
berbentuk segi empat dan berwarna ungu kehitaman. Bunganya tersusun
dalam jambak yang dipegang oleh tampuk bunga yang berwarna ungu
kehitaman. Bunganya berbentuk seperti loceng dengan warna putih ataupun
merah jambu. Bunga ini menghasilkan biji selasih berwarna hitam dan
kulit bijinya pecah selepas direndam dengan air dan menghasilkan selaput
berwarna putih. Selasih memerlukan air yang cukup bagi pertumbuhan. Ia
juga memerlukan kawasan yang bersaliran baik.Selain membiak melalui biji
benih, selasih juga mudah membiak melalui keratan batang. Ia lebih
kerap dijadikan ulam.
Kegunaan
Selasih banyak digunakan dalam perubatan traditional terutamanya
perubatan Ayurveda dari India. Dalam perubatan traditional Melayu,
selasih digunakan bagi
merawat demam. Ia juga dipercayai meningkatkan daya ketahanan badan dari penyakit. Selain itu ia juga digunakan bagi meredakan muntah-muntah dan loya serta mengubati kecacingan. Selasih juga berfungsi sebagai antiseptik dan analgesik bagi menahan sakit. Ia juga dapat menolong menguatkan dan meningkatkan fungsi hati.
Selasih dapat
membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan serta menghilangkan sakit kepala.
Bagi khasiat2 yang disebutkan di atas, selasih selalunya direndam dalam
air panas untuk dijadikan teh. Daun selasih yang ditumbuk lumat dan
ditampal pada dada digunakan sebagai ubat batuk dan ubat mencairkan
kahak. Selasih juga digunakan terutamanya dalam perubatan Cina sebagai
herba pencuci darah. Daunnya digunakan mengubati penyakit kurap dan ditampal pada luka bagi melegakan luka.
Selasih/ Ruku-ruku Hitam ditanam di sesetengah negara Afrika dan
India Utara. Ia mempunyai bau yang kuat dan ditanam bagi menghasilkan
minyak pati. Selasih in dipercayai baik bagi menerangkan penglihatan dan
menghilangkan sengal-sengal tulang. Ia banyak digunakan dalam perubatan
cina dan dikenali sebagai Jiu Cheng Ta
Cara penggunaan herba ini dalam perubatan cina adalah dengan dua
cara. Pertama daunnya dijemur terlebih dahulu sehingga keing dan dikisar
hingga menjadi debu dan dimasukkan ke dalam kapsul ubat. Kapsul ubat
ini dimakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Menurut kitab
perubatan cina Jiu Cheng Ta berfungsi bagi pengaliran tenaga yang
berfungsi mengurangkan lendir berlebihan dan memudahkan penghadaman
makanan. Ia juga
dapat mengaktifkan sel-sel darah dan membersihkan darah dari toksik.
Selain daripada mempunyai kasiat perubatan yang tinggi, herba ini juga
dijadikan sebagai perisa masakan seperti masakan kari dan pelbagai jenis
masakan Thailand. Ia sedap dimakan bersama nasi sebagai ulam dan dapat
menambahkan selera makan.
|
No comments:
Post a Comment