Salam semua
DAUN SALAM ( serai kayu, samak kelat, bay leaf, daeng klua(Thai)
Pokok salam adalah sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Tetapi ia termasuk dalam kategori tumbuhan rempah kerana kegunaannya yang meluas dalam pelbagai masakan melayu terutamanya masakan Indonesia. Ia mencapai ketinggian hingga 90 kaki. Namun, ketinggian yang

biasa dijumpai adalah 60 kaki. Ia mempunyai
dahan yang merimbun dan berbentuk.ringkas. Bunganya berwarna putih (ada
yang berwarna merah muda) dan mempunyai bau wangi. Buahnya kecil
seperti buah beri, berwarna merah dan bertukar menjadi coklat apabila
matang sepenuhnya.Rasanya manis dan sedikit kelat. Daunnya yang kering
berbau wangi seakan serai. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging.
Perubatan herba menggunakan daun salam mengubati penyakit kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Bahagian yang digunakan termasuk daun, akar, kulit batang dan buah. Bagi merawat diabetis melitus dan tekanan darah tinggi, caranya 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam. Daunnya digunakan merawat kudis dengan cara ditumbuk halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut. Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga digunakan bagi menurunkan kolesterol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya tiga kali sehari.

No comments:
Post a Comment