Followers

Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Istilah-istilah Khinzir yang perlu kita ambil tahu Pentingg!!!

Dalam Bahasa Melayu, perkataan B*** atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging b***, bulu b*** ataupun kulit b***. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:


1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging b.a.b.i di dalam masakan.


2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis b.a.b.i.


3. Pig : Istilah umum untuk seekor b*** atau sebenarnya bermaksud b.a.b.i muda, berat kurang 50kg.


4. Hog : Istilah untuk b.a.b.i dewasa, berat melebihi 50kg.


5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari b.a.b.i. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari b.a.b.i.


6. Boar : B.a.b.i liar


7. Sow : Istilah untuk b.a.b.i betina dewasa yang jarang digunakan.


8. Sow Milk : Susu B.a.b.i


dan ada pelbagai istilah lagi…


Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan b.a.b.i, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.


Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis “This product contain substance from porcine” bermaksud “Produk ini mengandungi bahan dari b.a.b.i”, atau label yang menyatakan “The source of gelatin capsule is porcine” bermaksud “Kapsul dari gelatin b.a.b.i”.

sumber: MALAYSIA RIA.

Wednesday, September 28, 2011

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PMR DAN SPM

Salam buat semua

Pada hari ini 29 Sept 2011 jam 6.30 ptg - 9.30mlm akan diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau SMK AIR MOLEK.

Semua ibubapa dan pelajar yang menduduki PMR dan SPM dijemput hadir untuk bersama berdoa dan memohon agar kita beroleh kejayaan yang cemerlang dalam PMR dam SPM. Diharap moga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah.

Monday, August 15, 2011

PELAJAR ISTIMEWA


Salam.

Peperiksaan Percubaan PMR sudah berlalu. Keputusan belum diketahui lagi. Apa yang menarik perhatian di sini ialah terdapat calon PMR SMK AIR MOLEK adalah dari kalangan pelajar Pendidikan Khas kategori Lemah Pembelajaran. Itu biasa bagi SMK AIR MOLEK. Tahun lepas seorang pelajar dari pendidikan yang sama berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Kolej Komuniti di Melaka. Yang luar biasa adalah kecekalan seorang pelajar yang cacat tangannya mampu menduduki peperiksaan percubaan PMR tanpa gentar. Yang pasti kecacatan tangannya yang tidak boleh melorek jawapan objektif itu tidak gentar untuk menghadapi trial tersebut. Dengan bantuan komputer riba dan satu printer, beliau dibenarkan oleh Unit Peperiksaan Dan Penilaian Jabatan Pelajaran Melaka untuk menjawap setiap soalan peperiksaan percubaan PMR. Apa yang saya dapati, jawapan yang diberikan menepati soalan yang dikemukakan. Kami cukup bangga dengan kesungguhan adik Intan ini.


Adik Intan menaip dengan menggunakan dua jari.


cukup tenang bila menjawap soalan Pendidikan Islam


Menurut guru yang mengajarnya, adik Intan biasa menggunakan komputer semasa melayari facebook.

Setiap kesalahan ejaan diperbaiki.


lihatlah video ini.

Tuesday, June 21, 2011

TAHNIAH TUAN

Saya dan  seluruh Warga SMK Air Molek ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah  kepada Tn Hj Mohammad Yusof Bin Osman kerana telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Melaka mulai 1 Jun 2011. Beliau menggantikan Puan Hajah Juliah bt. Hj. Leman yang bersara wajib pada 27 Mei 2011 yang lalu. .Selamat bertugas dan  selamat maju jaya  Tuan!

Wednesday, May 4, 2011

PRESTASI GURU CEMERLANG



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Cemerlang, Putrajaya, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 15 April 2011 – Prestasi Guru Cemerlang dipertikai, tenaga diperah.

Tujuan utama kerajaan meluluskan kaedah kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yang dikenali dengan Guru Cemerlang adalah untuk mengiktiraf khidmat guru-guru yang cemerlang di bilik darjah dan mewujudkan peluang kenaikan pangkat secara laluan pantas (fast track) kepada  mereka tanpa perlu ditukarkan ke jawatan pentadbiran secara hakiki. Guru yang dilantik sebagai Guru Cemerlang merupakan guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran, khususnya dari aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.

Sebagai role model kepada guru-guru lain, sewajarnya Guru Cemerlang menguasai kandungan mata pelajaran kepakarannya, bijak mengurus masa, mampu mengenal pasti masalah pembelajaran murid dan berupaya merangka program pendidikan yang boleh membangunkan potensi murid.  Selaras dengan pengiktirafan dan insentif yang diberikan, Guru Cemerlang yang dilantik berupaya menyumbang tenaga dan kepakaran sebagai pakar rujuk dalam bidang atau mata pelajaran masing-masing di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Guru Cemerlang berupaya menjadi sumber inspirasi dan pakar rujuk kepada guru-guru lain untuk mempertingkatkan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran. Walaupun tiada halangan bagi Guru Cemerlang untuk memberi sumbangan profesionalisme dalam bentuk perkongsian kepakaran dan pengalaman dengan warga pendidik yang lain, keutamaan tugas Guru Cemerlang hendaklah diberikan kepada program pembangunan dan peningkatan prestasi murid di sekolah masing-masing.

 Sumber:

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Monday, May 2, 2011

PELAKSANAAN MBMMBI ~BERNAMA

Salam Semua



25 April 2011.
Dewan Negara: Pelaksanaan MBMMBI : 10,000 Guru Bahasa Inggeris Dilatih Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk melatih 10,000 guru bahasa Inggeris tahun ini bagi memastikan pengajaran bahasa itu di sekolah berjalan lancar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penyediaan latihan berkenaan selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu yang bermula tahun depan.

"Walaupun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, kementerian telah dan sedang melaksanakan pelbagai usaha dan strategi bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bahasa Inggeris.

"Sehingga kini, hampir 12,000 guru terlibat dalam program latihan khusus untuk mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris yang diadakan tahun lepas dan untuk tahun ini kementerian menyasarkan 10,000 guru bahasa Inggeris diberikan latihan sama," katanya ketika menjawab soalan Senator Ng Fook Heng pada persidangan Dewan Negara di sini, pada Isnin.

Ng ingin tahu apakah langkah-langkah kukuh yang diambil untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar peringkat rendah dan menengah memandangkan pemansuhan PPSMI untuk Tahun Satu dilaksanakan tahun depan. MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan PPSMI yang akan dimansuhkan pada 2012 setelah mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pada masa sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua subjek itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata selain menubuhkan Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Dasar MBMMBI yang dipengerusikan beliau sendiri, kementerian akan melakukan pengambilan semula guru bersara bahasa Inggeris dengan menawarkan kerja secara kontrak.

Mulai tahun ini sehingga 2013, kementerian menyasarkan 600 guru bersara bahasa Inggeris akan dilantik secara kontrak di seluruh negara, dan sehingga Mac lepas 168 guru telah menerima tawaran berkenaan, kata beliau.

Katanya kerajaan turut membawa masuk 375 penutur jati dari luar negara untuk melaksanakan program peningkatan profesionalisme pensyarah dan guru bahasa Inggeris dengan 360 daripada pakar bahasa Inggeris itu dilantik sebagai mentor kepada guru bahasa Inggeris bagi 1,800 sekolah rendah.

Kementerian juga meningkatkan kapasiti bilik komputer di sekolah sebagai makmal bahasa Inggeris, dengan 20 buah sekolah dipilih sebagai perintis makmal itu tahun lepas dan diperluaskan ke 700 buah sekolah lagi tahun ini.

Muhyiddin berkata kerajaan memperuntukkan RM6 juta bagi membekalkan bahan bacaan tambahan dalam bahasa Inggeris di pusat sumber sekolah rendah tahun ini.

Bagi meminimumkan kesan perubahan dasar ini, kementerian memperkenalkan pendekatan pilihan lebih mudah iaitu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mengikut keupayaan seseorang guru dan murid.

"Ini bermakna, kertas-kertas peperiksaan disediakan dalam dwibahasa dan terpulanglah kepada mereka untuk menjawab dalam bahasa yang mereka mudah fahami," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan peralihan itu, proses perubahan digerakkan secara berperingkat sehingga memasuki fasa MBMMBI sepenuhnya apabila kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2015.

"Dengan penjelasan itu, saya amat berharap kekhuatiran dan keresahan sesetengah pihak terhadap isu ini akan terungkai," kata Muhyiddin.

-- BERNAMA

Tuesday, November 3, 2009

ROKOK



GAMBAR HANYA HIASAN SEMATA.TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN PELAJAR SMK SERI BEMBAN


Posted By SYuN to SYAMSYUN84 at 10/31/2009~TMN2SYURGA
Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan bendung tabiat merokok

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ia bagi membendung tabiat merokok yang semakin serius di kalangan golongan muda terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan menyekat penjualan rokok berjenama murah yang dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.50 bagi 20 batang.

Antara jenama rokok murah yang mudah didapati di pasaran masa kini ialah Navy, Tex, American Legend, Bingo, Astro, Fisher, Virginia Slim, Paradox dan Lite-Up,

Beliau berkata, lambakan rokok berjenama murah di pasaran negara ini semakin membimbangkan kerana ia menjadi pilihan golongan muda.
"Harga runcit bagi 20 batang rokok berjenama di Malaysia ialah RM9.30 sekotak, jenama murah pula dijual kira-kira 73 peratus lebih murah," katanya.

Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok.

Beliau mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan menetapkan harga minimum bagi rokok 20 batang pada harga RM6.20 bermula Januari tahun depan.

"Bagaimanapun, harga itu terlalu rendah dan ia dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana pengguna masih mampu membelinya. Justeru, harganya wajar dinaikkan sehingga RM30 bagi 20 batang," katanya.
Harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).

Beliau berkata, gejala merokok di negara ini semakin membimbangkan dan lebih 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok manakala kira-kira 50 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dikesan merokok setiap hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...