Followers

Wednesday, February 22, 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH.

Salam Semua
Panitia pendidikan Islam SMKAM telah menganjurkan Sambutan Maulidurrasul Muhammad S.A.W pada 1 Feb 2012 bertempat di Dataran Perdana SMKAM. Sempena Sambutan itu satu Ceramah Perdana kali ke 2 diadakan.. 

PENGENALAN

Bersempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah mencorakkan perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat Arab khususnya dan masayarakat dunia umumnya, dari diselubungi kegelapan kepada cahaya yang terang, gilang gemilang. Sambutan Maulidurrasul S.A.W merupakan natijah daripada perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda dalam al Quran: " Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia" (al Qalam:4)



 MATLAMAT 
1. Melahirkan modal insan yang berakhlak cemerlang 
2. Menghidupkan bulan Rabiul awal dengan aktiviti yang berfaedah 
3. Menyuburkan sifat kasih sayang kepada Rasulullah S.A.W 
4. Melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani dan jasmani 


                                            

 
OBJEKTIF 1. 
Menilai dan menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan agama Islam 
2. Pelajar dapat mengetahui dan menghayati perjalanan Sirah Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W 
3. Pelajar dapat mengamalkan akhlak dan keperibadian Rasulullah S.A.W 
4. Pelajar dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad S.A.W 

                                                        

 Pengetua bersama penceramah Ustaz Muhammad Hatta Bin Ab Rahim




Bacaan Selawat dari pelajar Tahfiz KBQ Al Dhiya Ul Lami' Tambak Bugis Melaka.

 



Cikgu Amirul Alif dengan stail tersendiri...

Bersama pelajar yang membantu.....


Sebahagian pelajar khusyuk mendengar ceramah.













No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...