Followers

Friday, February 3, 2012

19..POKOK JARUM MAS

Salam semua.
 Khasiatnya untuk perubatan telah diketahu turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. 
 
Cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan ke dalam rebusan kerana pengambilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.
 
Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilangkan sakit urat dan sengal badan dengan penyediaan yang sama.
Sumber dari sahabat Fb Amirul Muhammad ( GROUP HERBA  KHAZANAH WARISAN ).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...