Followers

Sunday, December 15, 2013

PENGURUSAN MASA: 1. FOKUS

Mari kita cuba fikirkan apa akan jadi kalau anda rugi 40 minit sehari. Jika anda rugi 40 minit sehari, anda akan rugi 280 minit seminggu, 1,120 minit sebulan dan 14,560 minit setahun. Jika anda rugi 14,560 minit setahun, ia adalah sama jika anda hilang lebih kurang 10 hari dalam hidup anda. Bukankah itu satu kerugian masa yang besar?

Jadi, mulai hari ini, fokus seratus-peratus kepada apa sahaja yang anda lakukan. Jika anda sedang mengulangkaji pelajaran, fokus seratus-peratus kepada pelajaran anda dan lupakan permainan anda buat seketika. Jika anda sedang berpersatuan, fokus seratus-peratus kepada aktiviti yang anda lakukan dan lupakan semua perkara lain buat seketika.

Jika anda mampu fokus sepenuhnya begini, anda pasti dapat menggunakan waktu anda dengan lebih baik. Anda pasti akan rasa bahawa masa anda telah menjadi semakin banyak dan anda boleh lakukan semakin banyak perkara dalam hidup anda. Mulakan teknik ini hari ini dan insyaallah saya percaya anda pasti akan berjaya!

SUMBER: http://www.osmanaffan.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...