Followers

Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Thursday, March 26, 2009

KEMUNCAK SUKAN TAHUNAN KE 10






EN ABDULLAH WAHID WAKIL PPD SEBAGAI PERASMI TEMASYA.








Salam kembali.

Hari ini adalah hari kemuncak Sukan Tahunan Sekolah. Di sini akak sertakan ucapan Pengetua SMK Seri Bemban yang dimuatkan dalam buku cenderahati Sukan Tahunan Sekolah.

Alhamdulillah, pada hari ini kita warga SMK Seri Bemban, akhirnya berjaya melaksanakan Temasya Kejohanan Olahraga Sekolah kali yang ke 10.

Kejohanan kali ini lebih bermakna kerana sempena tahun ke sepuluh tertubuhnya sekolah ini, sekaligus menunjukkan usia dan keluasan bakti yang telah ditaburkan untuk melahirkan insan-insan berilmu di kawasan Bemban ini.

Kejohanan olahraga adalah kemuncak daripada pelaksanaan P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang bermatlamat melahirkan insan yang sihat dan cergas jasmaninya. Kecergasan jasmani sememangnya amat penting untuk membentuk kecerdasan minda yang akhirnya melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Kejohanan kali ini berfokus kepada penglibatan semua warga sekolah dengan tujuan menyuburkan semangat setiakawan, bekerjasama dan kegigihan dalam berusaha untuk mencipta sesuatu kejayaan.

Adalah juga diharapkan kejohanan olahraga yang melibatkan semua warga sekolah ini, akan dapat menyuburkan sifat budiman kerana bersukan dan bertanding akan mendidik seseorang itu berbangga meraih kejayaan dan tabah menerima kekalahan sebagai satu sifat yang unggul dalam usaha mencipta kejayaan dalam kehidupan.

Sempena berlangsungnya kejohanan ini, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha dn memberi sumbangan dalam menjayakan temasya olahraga kali ke 10 ini. SELAMAT BEROLAHRAGA DAN MAJU JAYA.

JOM LAYAN SLIDE SHOW KEJOHANAN ITU. YANG NI HARI RABU SEMALAM 25.3.2009


YANG NI PULAK HARI INI KHAMIS 26.3.2009. LAAAAYYYYAAAAAAAAANN.




Sebaik-baik sahaja selesai upacara padang, ribut kencang melanda hampir menerbangkan khemah. Nasib baik beberapa orang guru termasuk pengetua sendiri dan pelajar dapat menyelesaikannya dengan beramai-ramai menurunkan khemah. Layan video ni dan dengar deruan angin yang kencang sekali.



Wednesday, March 25, 2009

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SUDAH BERMULA


SIKEMBAR YANG MEMBAWA PULANG KEMENANGAN DALAM PERMAINAN BOLA BALING. SYABASSS



Salam kembali

Syukur al hamdulillah Pasukan Bola Baling Sekolah telah mendapat Johan bagi kategori 18 tahun ke bawah perempuan bagi Daerah Jasin. Sementara Naib Johan bagi kategori 18 tahun ke bawah lelaki. Tahniah buat Pasukan Bola Baling Sekolah. Anda telah membuktikan bahawa SMK Seri Bemban BOLEH.


PELAJAR MENUNGGU GILIRAN.

LOMPAT TINGGI SIKITTTT.......

Hari ini Sukan Tahunan Sekolah kali ke 10 telah bermula. Beberapa acara telah dijalankan seawal jam 8.30 pagi. Hanya pelajar-pelajar yang terlibat dengan acara padang saja berada di padang sementara pelajar yang lain meneruskan P&P seperti biasa.

HAIK HAIK. PEGAWAI SUKAN DARI JEPUN DIBAWA KHUSUS UNTUK SUKAN TAHUNAN. WATASHIWA CT NORALIZA DES. HAIK. HI HI HI HI HI.


JURUACARA PADANG. KERING TEKAK CARI SENDIRI AIR ERK!

Acara padang hari ini dibuat dalam 2 sesi. Sesi pagi dan sesi petang. Sesi petang bermula jam 3.00 petang. Pelajar-pelajar cukup bersemangat untuk menambahkan mata/point untuk mendapatkan juara bagi rumah masing-masing.


KIRA MATA TU BIAR BETUL TAU? RUMAH MERAH TU KASI MATA BANYAK SIKIT TAU


ANAK SAPA LA NI? EISYH EISYH EISYH...

Akak mewakili Rumah Merah. Selama 3 tahun akak bersama dia orang, Rumah Merah tak pernah lagi corot..Sentiasa johan weeiiihhhh........Harap-harap Rumah Merah dapat mengekalkan kejohanan pada tahun ini walaupun pemain harapan sudah tidak berada lagi di sekolah ini. Hidup Rumah Merahhhh.......nanti kita adakan jamuan kesyukuran lagi ok!



MANA AIR TAK SAMPAI-SAMPAI NI?


APE? ADE PELAJAR TERTINGGAL BEKAS TAPAK KAKI?


Acara kemuncak Sukan Tahunan Sekolah besok 26.3.2009.

Monday, March 2, 2009

MERENTAS DESA

Acara biasa setiap tahun-merentas desa. Cukup bersemangat dia orang bila bersukan ni.Kalau dalam akademik semangatnya begini alangkah baiknya. Tengoklah gelagat mereka.

Mewakili MSSD JASIN sudah berlalu minggu lepas. Kontinjen sek membawa pulang 6 pingat emas, 9 perak dan 1 gangsa. Tahniah kerana mendapat tempat ke 3 daerah Jasin. Ada sikit peningkatan dari segi kutipan pingat berbanding tahun lepas.

Komen pengetua:-
1. Pelajar tidak bersemangat, tidak berani dan bersungguh-sungguh an yang nampak jelas tidak nampak kebanggaan menjadi pelajar SMKSB.Contoh pelajar sekolah tidak memakai pakaian sekolah, berbangga dengan pakaian berjenama yang hebat, berseluar jean. Pelajar cukup bangga. Ditakuti penyakit ini akan berakar umbi dan menjadi budaya yang nanti sukar dibendung. Kalau ini berterusan ia sukar untuk lebih maju ke depan
2. Usaha tanpa matlamat jelas, kurang berjaya.
3. Mesti ada penambahbaikan.
4. Mesti kawal diri dan jelas wawasan untuk terus maju ke hadapan
5. Mesti ada jati diri dalam setiap diri pelajar
Haaa tu diaaa.


dah selesai merentas desa. Tu dia haihh meerah padam mukaaaa.


alhamdulillah...saya tersenarai jugak cik gu ye!


Eh abang ni sampai bukak baju..Dapat nombor tak?



lepas kerja makanlahhh ape lagi......putu mayamm..yeaahh.


ni apam warna warni.

Caya lah dia orang ni. Insya Allah moga tercapai hasrat visi saekolah untuk menjadi cemerlang di Daerah Jasin 2010.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...