Pages

Sunday, January 15, 2012

7. SENDUDUK


SALAM SEMUA.

7. SENDUDUK(Melastoms malabathricum), Keduduk
 

Perubatan traditional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan bagi mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin.

Caranya:

Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah bagi mandi teresat selepas bersalin. Lakukan selama tiga pagi selepas melahirkan anak.

Daunnya yang tua dan gugur ke tanah yang berwarna merah muda ditumbuk dan air tapisannya diminum adalah sesuai untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.

Bagi kegunaan dalam pantang, ambil akarnya dan dijemur kering. Rebus bersama pokok ubatan lain sebagai ubat periuk. Minum sepanjang tahun pantang.

Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk dapat digunakan merawat bisa ini dengan menumbuk daun yang matang dan gugur ke bumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu.
Senduduk boleh digunakan bagi merawat cirit-birit , berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya.

Bagi mengubati buasir, ambil akar senduduk bersaiz lebih kurang sebesar dan sepanjang jari kelingking dan direbus dengan tiga cawan air hingga isipadunya tinggal satu cawan.Lakukan sebanyak tiga kali sehari.

Pes daunnya yang ditumbuk juga dapat menghilangkan parut akibat cacar air.



Bagi mengubati keputihan, daunnya dikeringkan terlebih dahulu. Rebus daun bersama halia, sedikit gula dan bonglai.

Bagi mengubati ulser mulut, daun senduduk diramas ke dalam air dan airnya digunakan untuk berkumur.

Ada Senduduk Putih ( Melastoma Sanguineum)

( Sorry di taman aye tak ade senduduk putih so tak ade gambarlah )
Kegunaan: Resdung, sakit gigi, buang angin dan melembutkan kaki.




Ini Senduduk jenis ke 3. Bunga dan buahnya lebih kecil. Buahnya boleh dimakan dan rasanya manis.

P/S
ingat aye masa kecil dulu waktu susah nak dapatkan dakwat, buahnyalah yang diambil untuk gantikan dakwat dicampur dengan air. Buahnya berwarna biru kehitaman dan boleh dimakan. Asal nama Malastoma(mulut hitam dalam bhs Greek) disebabkan gigi menjadi hitam bila memakan buah senduduk ini. Pucuknya dikatakan boleh dibuat ulam samada dimakan mentah atau direbus Daunnya dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi.



 

No comments:

Post a Comment