Pages

Sunday, January 15, 2012

2. SELASIH

Salam semua
2. SELASIH( THAI BASIL, RUKU HITAM,SWEET BASIL)





Terdapat beberapa variasi selasih yang biasa dijumpai di Malaysia. Selasih adalah tumbuhan herba semusim dan mati selepas buahnya masak. Kitar hidupnya dapat dipanjangkan apabila pucuknya selalu dipangkas menyebabkan ia lambat berbunga.ia tumbuh tegak dengan ketinggian antara 0.3 hingga satu meter.

Selasih mempunyai banyak cabang dan mempunyai batang separa berkayu berbentuk segi empat dan berwarna ungu kehitaman. Bunganya tersusun dalam jambak yang dipegang oleh tampuk bunga yang berwarna ungu kehitaman. Bunganya berbentuk seperti loceng dengan warna putih ataupun merah jambu. Bunga ini menghasilkan biji selasih berwarna hitam dan kulit bijinya pecah selepas direndam dengan air dan menghasilkan selaput berwarna putih. Selasih memerlukan air yang cukup bagi pertumbuhan. Ia juga memerlukan kawasan yang bersaliran baik.Selain membiak melalui biji benih, selasih juga mudah membiak melalui keratan batang. Ia lebih kerap dijadikan ulam.



Kegunaan

Selasih banyak digunakan dalam perubatan traditional terutamanya perubatan Ayurveda dari India. Dalam perubatan traditional Melayu, selasih digunakan bagi
merawat demam. Ia juga dipercayai meningkatkan daya ketahanan badan dari penyakit. Selain itu ia juga digunakan bagi meredakan muntah-muntah dan loya serta mengubati kecacingan. Selasih juga berfungsi sebagai antiseptik dan analgesik bagi menahan sakit. Ia juga dapat menolong menguatkan dan meningkatkan fungsi hati.

Selasih dapat
membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan serta menghilangkan sakit kepala. Bagi khasiat2 yang disebutkan di atas, selasih selalunya direndam dalam air panas untuk dijadikan teh. Daun selasih yang ditumbuk lumat dan ditampal pada dada digunakan sebagai ubat batuk dan ubat mencairkan kahak. Selasih juga digunakan terutamanya dalam perubatan Cina sebagai herba pencuci darah. Daunnya digunakan mengubati penyakit kurap dan ditampal pada luka bagi melegakan luka.

Selasih/ Ruku-ruku Hitam ditanam di sesetengah negara Afrika dan India Utara. Ia mempunyai bau yang kuat dan ditanam bagi menghasilkan minyak pati. Selasih in dipercayai baik bagi menerangkan penglihatan dan menghilangkan sengal-sengal tulang. Ia banyak digunakan dalam perubatan cina dan dikenali sebagai Jiu Cheng Ta


Cara penggunaan herba ini dalam perubatan cina adalah dengan dua cara. Pertama daunnya dijemur terlebih dahulu sehingga keing dan dikisar hingga menjadi debu dan dimasukkan ke dalam kapsul ubat. Kapsul ubat ini dimakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Menurut kitab perubatan cina Jiu Cheng Ta berfungsi bagi pengaliran tenaga yang berfungsi mengurangkan lendir berlebihan dan memudahkan penghadaman makanan. Ia juga
dapat mengaktifkan sel-sel darah dan membersihkan darah dari toksik. Selain daripada mempunyai kasiat perubatan yang tinggi, herba ini juga dijadikan sebagai perisa masakan seperti masakan kari dan pelbagai jenis masakan Thailand. Ia sedap dimakan bersama nasi sebagai ulam dan dapat menambahkan selera makan.


No comments:

Post a Comment