Pages

Sunday, January 15, 2012

6. PEGAGA

SALAM SEMUA,
6.PEGAGA ( CENTELLA ASIATICA ), BRAHMAMANDUKI (INDIA) TAPAK KUDA (INDONESIA)





Pegaga sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh di tanah lembab.Daunnya berbentuk ringkas berwarna kekuningan. Terdapat beberapa variasi pegaga di Malaysia seperti Pegaga Salad, Pegaga Kerinting atau Pegaga Kerang atau Pegaga Nyonya dan Pegaga Biasa.

Biasanya pegaga dibuat ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambah selera. selain dimakan mentah pegaga juga sesuai dimasak lemak dan dibuat kerabu. Ia juga dapat dijadikan jus yang berkhasiat.


Sejarah mengatakan pegaga yang asalnya dari india ini menceritakan bahawa penduduk India telah melihat gajah yang terkenal panjang usianya sentiasa mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan bagi memanjangkan umur.



Kegunaan

Menurut WHO pegaga terbukti berkesan meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Ia dipanggil makanan otak kerana dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan gejala disebabkan tekanan, meningkatkan tindakbalas dan menambahkan kekuatan fizikal dan mental.

Ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi , mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan menyingkirkan bahan toksik.

Ia digunakan dalam perubatan herba ayurveda dan Shennong. Di barat pegaga dijadikan sebagai tonik saraf bagi merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India digunakan bagi mengatasi masalah kulit. Di timur ia digunakan bg mengatasi masalah seperti kemurungan yang disebabkan oleh masalah fizikal.


Pegaga memberi kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia menunjukkan kesan yang memberangsangkan bg merawat kaki kejang,bengkak kaki dan masalah kaki berat dan kebas.

Air rebusan pegaga digunakan merawat demam bila diminum. Jus pegaga dapat menurunkan darah tinggi. Ia juga boleh merawat berak berdarah pd peringkat kanak-kanak. 4 helai daunnya dimakan bersama jintan dan gula. Daun yang ditumbuk halus dicampur dengan sedikit air pula disapu pada pusat kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment