Salam Semua
Geram dengan fotopages.com kerana tak dapat untuk update Herba Khazanah Warisan yang ke 60 . Jadi saya cuba masukkan di sini Khasiat herba.Moga dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Khasiat Jambu Batu
Sumber: Ibu Kesuma. TQ
Jambu batu atau Psidium guajava
merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak caband. Tingginya dapat
mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan
kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi
serta banyak biji. Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman
rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada
ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk
dalam famili atau suku Myrtaceae.
Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia
juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam
mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin yang
berkhasiat sebagai antibakteria.
Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit
dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya
airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit
birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput
lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka
boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut
ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut.
Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia ...
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun,
pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi
bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh
secara berkesan.
Ketua
Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti
Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan
supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji
setengah selama empat minggu.
Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain
dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara
penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
Dr.
Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet
seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
Katanya,
bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam
darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam
masa seminggu.
"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.
No comments:
Post a Comment