Followers

Monday, October 4, 2010

SELAMAT MENGHADAPI PMR


Besok 5HB OKTOBER 2010 adalah saat yang mendebarkan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia yang akan mengharungi cabaran dan ujian bagi peperiksaan PMR yang sebenar. Walaupun sebelum ini mereka telah menghadapi peperiksaan percubaan selaras PMR, namun situasi peperiksaan itu tidak sama dengan peperiksaan sebenar PMR. Kami doakan agar mereka bisa menjawap semua soalan yang diberikan dengan mudah dan lancar.

Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Air Molek, berbagai-bagai aktiviti dijalankan sebagai persediaan untuk mereka menghadapi PMR. Berbagai latih tubi, kelas tambahan dan Program Pensyarah Muda adalah di antara aktiviti yang TELAH dijalankan di samping mengadakan program Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat yang diimamkan oleh seorang Ustaz  yang berpengalaman.  



Solat ini bukan dilakukan hanya 1 hari sahaja tapi ia dilakukan sepanjang bulan September hingga berakhir pagi tadi 4hb Oktober 2010. Solat ini dilakukan di waktu pagi dari jam 7.40 - 9.00 pagi. Idea ini tercetus dari hati nurani Tuan Pengetua TN HJ RASHID ABDUL HAMID selaku tunggak pimpinan SMK Air Molek yang merasakan inilah jalan terakhir untuk pelajar-pelajar bermunajat bersama memohon ke hadrat Ilahi agar apa yang diusahakan selama ini dapat memberi kejayaan bukan semata-mata kejayaan biasa sahaja tapi kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Harapan agar pelajar-pelajar dapat menaikkan prestasi PMR lebih tinggi berbanding tahun lepas dan tahun sebelumnya. Guru-guru yang berkesempatan juga ikut bersama-sama pelajar solat sunat ini secara berjemaah.

Sebenarnya kami telah menunaikan solat hajat dan bacaan yasin beramai-ramai di peringkat DUN AYER MOLEK yang melibatkan semua sekolah-sekolah di DUN Ayer Molek termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah yang berada di sekitar DUN tersebut. Tujuan utama adalah supaya pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR,SPM dan STPM mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksan tersebut. 
Harapan dari kami agar anak-anak pelajar tidak mudah mengaku kalah, teruskan memberi jawapan, jangan tidor dan jangan biarkan menghantar kertas jawapan kosong tanpa ada jawapannya. MOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG. KAMI MAHU '8A'. AMIN.

Pelajar sedang Solat Sunat Dhuha

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Ustaz Adnan yang tidak jemu menjadi Imam dan memberi tazkirah kepada pelajar agar menjadi insan yang berakhlak mulia, bersahsiah terpuji dan memiliki sifat mudah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang banyak berjasa kepada mereka. Buat Ustaz kami doakan agar perjalanan Ustaz ke Tanah Suci selamat sampai dan selamat kembali. Moga ustaz dapat Haji yang mabrur. Amin. Jangan lupa doakan kejayaan anak-anak pelajar yang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.

Ucapan  PENGURUS TAPEM

Antara program khusus untuk pelajar-pelajar target. Terima kasih kepada TAPEM yang sudi menyumbang sejumlah besar wang untuk menjayakan program yang diadakan di Century Resort Melaka. Terima kasih jugak kepada PIBG yang sentiasa menyokong penuh setiap program yang dijalankan.

 
UCAPAN NYDP PIBG

TUAN PENGETUA TN HJ RASHID ABD HAMID
Seorang pengetua yang cukup perihatin dan penyayang terhadap pelajar-pelajarnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...