Semalam akak berkunjung ke sekolah lama kerana mengambil surat penting. Akak diberitahu sekolah lama mengadakan Majlis Hari Ko Kurikulum. Bila sampai sana, bertemu dengan anak-anak pelajar yang dikasihi dan kawan-kawan lama. Dapat jugak tapau nasi beriani Cik gu Jamal. Terima kasih Cik gu Amran kerana ingatkan saya dan terima kasih Cik gu Jamal yang membuka gerai nasi beriani.Dapat saya merasa nasi beriani cik gu. Semalam jugak Majlis Hari Ko kurikulum SMK Air Molek. Macam janji2 jer nak buat majlis yang sama harinya..
Teringat majlis perpisahan akak pada 26 Mei 2010. Cik gu2 perempuan majoriti panggil akak 'kakak HEM' atau 'HEM' saja. Panggilan tu tetap melekat di bibir cik gu bila bertemu dengan akak semalam. Akak mengucapkan berbanyak2 terima kasih atas majlis perpisahan akak tu,cik gu dan pelajar cukup komited meraikannya sedangkan waktu itu pelajar2 sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun.
Pengetua, GPK HEM yang diraikan dan GPK 1 Pn Kasmah.
Ucapan Wakil Pelajar 'sebagai seorang ibu yang menyayangi anak-anak pelajarnya'
Terima Kasih Tn Hj....
Pn Kasmah, tolong tengok2kan pelajar saya ye!
Ucapan pengerusi Kelab Guru...'Beliau sentiasa tenang walaupun ada masalah yang dihadapi......'
Ucapan pengacara Majlis.
Akak jangan nangis yo!
Ingat kami di sini selalu....
Sebagai menghormati Pn Juariah, saya turunkan pangkat saya ari ni dan saya izinkan Pn Juariah duduk di tengah........Terima kasih Tuan.
Mem, saya nak ikut........
Antara memek3 muka orang yang diraikan:
Terima Kasih atas segala sokongan dan kerjasama semua unit. Tanpa mu segala program yang dirancang tidak akan berjalan lancar....
Terima Kasih kepada Unit SPBT yang menjulang nama sekolah dalam pertandingan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan tempat kedua
akak cukup bangga dengan komitmen yang anda berikan. Syabas!
Bagi anak2 pelajar, teruskan usaha murnimu jangan putus asa, sentiasalah mengejar kejayaan. Moga berjaya dengan cemerlang.
Terima kasih kepada Ayahanda pengetua Tn Hj Mohd Isa yang banyak mengajar saya untuk menjadi pengurus dan pemimpin yang berjaya..........
Terima kasih semuanya
Moga dimakbulkan segala doa Ustaz. Terima Kasih Ustaz
Bergambar kenangan bersama GPK 1
Bergambar kenangan dengan kenalan guru-guru
Pelajar kelas akak. Jangan nakal-nakal dan jangan sering tinggalkan kelas...
Kata Pengetua ' saya pun mungkin akan ditukarkan........'
Cik gu, teruskan usaha murnimu mendidik anak bangsa...........
Kita ada 3 persamaan tau! 1. anak bongsu 2. punya 6 orang anak 3.............
Akak jawap: Sebenarnya kita ada 4 persamaan..bukan 3, cik gu ikut saya dari ayer molek ke Seri Bemban.. ha ha ha ha....
Terima kasih atas semua hadiah yang diberikan..
Pelukan selamat berpisah. Maafkan semua kesalahan saya jika ade..............
We miss U cik gu.....
Bergambar kenangan bersama teman rapat
Bergambar kenangan dengan pelajar form 5
Bergambar kenangan dengan pelajar Katering 'peramusaji'
Antara hadiah yang diberikan oleh pelajar dan guru-guru. Akak dapat persalinan, perhiasan diri, peralatan elektrik dan dapur, makanan dan minuman kesihatan dari HPA, bunga hiasan, perhiasan dinding,buku Agama yang cukup bernilai dan lain-lain. Akak dapati ade 26 hadiah yang akak terima. Terima kasih atas hadiah dan atas segala ingatan. Moga ikatan kasih sayang yang kita jalin selama ini akan berkekalan......
Tuperware untuk bekal ke sekolah....menarik sekali..
Pencil Box yang cukup menarik
Towel ukiran nama buat kenangan.....
Salam perpisahan buat semua moga kita bertemu lagi di masa akan datang. Bye bye.
Pantun dari guru dan pelajar:
Beras sudah penuh dikepuk
Pulut berpeti jagung berguni
Berpisah jauh cinta tak lapuk
Bersih hati jwa nan murni
Salahkah jika ibu dodoikan
Tidurkan anak di atas pangkuan
Salah dan silap hamba lakukan
Ampun dan maaf hamba pohonkan.
No comments:
Post a Comment