Dalam Bahasa Melayu, perkataan B*** atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging b***, bulu b*** ataupun kulit b***. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:
1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging b.a.b.i di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis b.a.b.i.
3. Pig : Istilah umum untuk seekor b*** atau sebenarnya bermaksud b.a.b.i muda, berat kurang 50kg.
4. Hog : Istilah untuk b.a.b.i dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari b.a.b.i. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari b.a.b.i.
6. Boar : B.a.b.i liar
7. Sow : Istilah untuk b.a.b.i betina dewasa yang jarang digunakan.
8. Sow Milk : Susu B.a.b.i
dan ada pelbagai istilah lagi…
Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan b.a.b.i, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.
Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis “This product contain substance from porcine” bermaksud “Produk ini mengandungi bahan dari b.a.b.i”, atau label yang menyatakan “The source of gelatin capsule is porcine” bermaksud “Kapsul dari gelatin b.a.b.i”.
sumber: MALAYSIA RIA.
Sunday, November 13, 2011
Thursday, November 3, 2011
Friday, October 28, 2011
AUWOOOOO HEBATNYA!
Salam semua,
Cikgu nk anak-anak didik cikgu jadi kreatif macam ni...Boleh?
CUKUP CANGGIH.......
Cikgu nk anak-anak didik cikgu jadi kreatif macam ni...Boleh?
CUKUP CANGGIH.......
Monday, October 10, 2011
Monday, October 3, 2011
PMR bermula hari ini
Salam semua
Kelihatan YB Dato diapit oleh NYDP PIBG ( kiri ) dan Pengetua
pelajar-pelajar mengaminkan doa.
YB bermesra dengan pelajar calon PMR.
GAmbar ihsan dari GPK Ko Ku. Thanks.
Hari ini ( 4 Okt 2011 ) pelajar Tingkatan 3 SMKAM cukup berbangga dengan kehadiran YB Dato Hj Mohd Yunus bin Husin (ADUN Ayer Molek). Kehadiran YB memberi suntikan semangat buat mereka semua dalam menghadapi PMR. Kami warga SMKAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB yang sanggup turun padang untuk sama-sama mendoakan kejayaan pelajar-pelajar SMKAM. Insya Allah kami akan beroleh kejayaan yang membanggakan nanti. Amin.
Kelihatan YB Dato diapit oleh NYDP PIBG ( kiri ) dan Pengetua
pelajar-pelajar mengaminkan doa.
YB bermesra dengan pelajar calon PMR.
GAmbar ihsan dari GPK Ko Ku. Thanks.
Wednesday, September 28, 2011
SAmButAN KEMERDEKAAN KE 54
Salam semua
Semarak sambutan dengan kibaran bendera dan banting
Perasmi Pembukaan bertudung biru dua dari kiri di barisan hadapan
kebanyakan perempuan, mana lelakinya?
apa yang digelakkan tu..........
Beratnyerrrr.........
haa tu diaaaaaaaaa haih...
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 dijalankan cukup bermakna. SMKAM mengadakan sambutan dengan berbagai aktiviti keseluruhannya berbentuk pertandingan di antara warga sekolah. Perasmiannya dirasmikan oleh Mantan Pengetua SMKAM Pn Mismy Binti Mohamad sementara Majlis Penutupnya dirasmikan oleh Tn pengetua sendiri.
Semarak sambutan dengan kibaran bendera dan banting
Perasmi Pembukaan bertudung biru dua dari kiri di barisan hadapan
Guru bersama pelajar bersama menyanyikan lagu2 patriotik termasuk lagu tema hari kemerdekaan ' 1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'
YDP PIBG Tn Hj Mohamad Yatim Bin Husin juga ikut serta bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan.
Pada tarikh 28 September 2011 Majlis Penutup Bulan kemerdekaan diadakan. Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dan mendapat kemenangan tersenyum lebar kerana mendapat hadiah pada hari ini.
Antara ucapan yang disampaikan oleh Pengetua ialah meminta pelajar supaya membuat transformasi diri menjadi cemerlang agar dapat menyahut wawasan negara menjadi maju 2020. Beliau memberi 1 contoh Amerika Syarikat. Menurut beliau AS mahu kekalkan negaranya sentiasa maju, mereka sanggup membeli rakyat-rakyat negara yang maju, yang celik akal dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi dan layak sebagai warganegara AS. Kerana itu menurut beliau rakyat India sanggup meniru dalam peperiksaan supaya mendapat first class kerana dengan ini mereka secara automatik mendapat kerja di AS dan menjadi warganegara AS.
Beliau mengingatkan kepada pelajar untuk mendapat 9A semestinya pelajar belajar sendiri s4elama 4 jam sehari dan mestilah konsisten, Beliau yakin semua pelajar boleh berjaya dengan cemerlang. Beliau mengingatkan p[elajar agar terus bergerak pantas mengikut masa.
kebanyakan perempuan, mana lelakinya?
apa yang digelakkan tu..........
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 bakal menduduki SPM nanti 14 Nov 2011.
amboii.......... tahniah. Tahun depan masuk bertanding lagi ye!
Beratnyerrrr.........
haa tu diaaaaaaaaa haih...
senyum melebar bila dapat hamper....caya lah. Kasi bintang pd pelajar Pendidikan Khas
Pengetua begitu sabar menunggu pelajar menerima hadiah.
bukan main lagi Pn Haesah ni.. senyum melebar bila dapat hamper kemenangan bilik ceria merdeka. Dapat nombor dua pun jadilah...tahniah.
SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PMR DAN SPM
Salam buat semua
Pada hari ini 29 Sept 2011 jam 6.30 ptg - 9.30mlm akan diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau SMK AIR MOLEK.
Semua ibubapa dan pelajar yang menduduki PMR dan SPM dijemput hadir untuk bersama berdoa dan memohon agar kita beroleh kejayaan yang cemerlang dalam PMR dam SPM. Diharap moga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah.
Pada hari ini 29 Sept 2011 jam 6.30 ptg - 9.30mlm akan diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau SMK AIR MOLEK.
Subscribe to:
Posts (Atom)