Followers

Thursday, September 23, 2010

MINUMAN RINGAN BERALKOHOL

SUMBER DARI MALAYSIARIA. THANKS EN AMAT.

Salam buat semua


Contoh minuman ringan beralkohol atau Alcopops

Label warna warni tu dan warna minuman seperti warna pink oren, hijau memang budak budak akan suka


kalau tengok dan bila minum je mesti boleh ketagih. Kandungan di botol sukar dibaca dan terlindung dgn warna warni label tu. Pengguna akan sangka minuman tu perisa buah buahan biasa tanpa mengetahui ada alkohol di dlmnya.

Bukan baru kes ni , pasaran minuman alcopops ni sudah lama berada di Malaysia dan negera jiran kita Indonesia pun berasa bimbang tentang ketagihan kanak kanak dan remaja dengan minuman alkohol warna warni ni.

Kandungan alkohol tu boleh memberi kesan buruk kepada otak kanak kanak, merosakkan gigi dan boleh ketagihan jika diambil kerap.


MOHAMED menunjukkan sebahagian minuman ringan beralkohol menggunakan label buah-buahan di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Kerajaan digesa mengharamkan minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan kerana ia dibimbangi menjejaskan otak penggemarnya terutama pelajar dalam jangka panjang.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian hasil daripada aduan guru-guru mendapati, sekelompok pelajar sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang telah ketagih minuman tersebut.

Beliau berkata, terdapat 15 jenis minuman mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus kini dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam di negeri itu.

Menurutnya, ia juga diletakkan sebaris dengan minuman biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.

"Penjualan minuman dengan harga di antara RM4 hingga RM10 sebotol ini bertentangan dengan undang-undang yang melarangnya dibeli oleh individu berumur 18 tahun ke bawah,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Thursday, August 26, 2010

LAWATAN PELAJAR OITA JEPUN

Salam buat semua

Lawatan dari pelajar Jepun ke SMK Air Molek adalah detik yang paling indah dan telah menempa sejarah bagi sekolah pinggir bandar seperti kami. Kami amat bertuah kerana sekolah kami dipilih untuk lawatan tersebut dan kami amat berterima kasih kepada pihak Kolej Teknikal OITA kerana memberi kami beberapa buah mesin jahit untuk kegunaan pelajar-pelajar.


ketua rombongan















dozo dozo


tunggu kami ke sana pulak ye!






persembahan silat dari pelajar perempuan



OITA NATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY JAPAN



ucapan YB Dato.

ucapan wakil pelajar OITA

ucapan dari pengetua


Berada di bilik Jahitan







pelajar OITA mengajar pelajar SMK Air Molek bagaimana untuk menggunakan mesin jahit yang diberi.

walaupun masing-masing tidak memahami bahasa yang dipertuturkan namun kami dapat mempelajarinya dengan mudah.







ya... berjaya..



seorang pensyarah menunjukcara men'servis' mesin jahit




dato pun nak cuba..


 
ada tak rupa jepun?? hi hi hi

Antara guru2 SMK Air Molek





pencuci mulut

Wednesday, August 25, 2010

SARAPAN PAGI BERSAMA PEMIMPIN

Salam Buat semua.

Teruja betul bila mengadakan Majlis Sarapan Pagi Bersama Pemimpin. Apa tidaknya setiap warga sekolah perlu memberi komitmen yang bukan sedikit bagi menjayakan program ini. Kad Jemputan diedarkan kepada seluruh sekolah di Melaka, dengan harga RM30.00 1 keping. Bukan untuk suka-suka tapi program di bawah PIBG ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana PIBG. Sambutan menggalakkan. Kad yang diedarkan telah dipulangkan dengan bayaran. Jemputan pun ramai yang datang pada hari berlangsungnya Majlis ini. Majlis ini diadakan pada 26hb Jun 2010.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato Wira Othman bin Mohamad yang merasmikan majlis menggantikan YB Ketua Menteri dan terima kasih atas sumbangan. Terima kasih juga kepada YB Ketua Menteri yang sudi memberi sumbangan bagi menjayakan projek ini. Terima kasih kepada pengetua,
 guru besar, PIBG sekolah-sekolah berkenaan dan pihak-pihak yang tertentu yang bekerjasama menghulur sumbangan bagi membantu menjayakan majlis tersebut.Tahniah dan terimakasih kepada semua warga sekolah yang cukup komited dalam menjayakan program ini.
                                     
Gambar-gambar sekitar Raptai Sambutan

tarian dari pelajar Kelab Kebudayaan

nyanyian solo

mat2 kompang

bersiap untuk persembahan choral speaking

raptai tarian kali kedua





sempat posing masa menari

Kami bersedia membuat persembahan di sekitar Melaka.

Hari Berlangsung Majlis







ketibaan YB Dato Wira dan Datin

bersama menyanyikan Lagu Kebangsaan

hidangan disediakan oleh Peramusaji SMK Air Molek

bak po demo royak comei~lagu tarian



Jemput Makan Tuan

Antara jemputan yang hadir

persembahan biola


nyanyian solo~Kuda Hitam

choral speaking


penari jemputan dari SMK Durian Tunggal

Ucapan PIBG


Ucapan Pengetua


Ucapan YB Dato Wira


Cover Kulit Kad Jemputan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...