Followers

Wednesday, May 11, 2011

MERENTAS DESA

Salam buat semua

SMKAM telah mengadakan upacara merentas desa pada bulan februari 2011 yang lepas. Sekolah dapat melahirkan seorang athlet acara padang peringkat Kebangsaan.









PIN UNTUK DIEDARKAN KEPADA PELAJAR






BARU NAK TULIS NOMBOR?















BOLEH MENANG KE NI?
















MALU2 DIA..........
ANAK SIAPA NI HAH?



MASIH CERIA WALAUPUN PENAT





DUDUK BERSANTAI SELEPAS PENAT MERENTAS DESA
KHUSYUK MENDENGAR UCAPAN PENGETUA.


ORANG HEBAT NI....TAHNIAH!

SEMPAT MENGABADIKAN KENANGAN

 SERONOK DAPAT HADIAH. TAHNIAH!
GPK KO KU BERSANDAR LEGA DAN MERASA PUAS KRN PROGRAM BERJAYA DILAKSANAKAN.

PELAJAR DIARAH PULANG...........

Tuesday, May 10, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA~ Tema Hari Guru 2011.
16 MEI ~ Tarikh keramat buat Guru.





Guru, tugasmu cukup mulia, mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya. Jasamu tetap dikenang hingga ke akhir hayat walaupun kau pernah memberi hukuman kepadaku tapi hukuman kau itu mengajar aku erti kehidupan yang sebenar yang bakal ku tempuh di hari muka. Sekarang ini, hasil didikan dan ajaranmu, aku mnegikut jejak langkahmu mendidik generasi muda agar menjadi anak bangsa yang berguna kepada agama dan negara tercinta. TERIMA KASIH CIKGU!

Hasil penjelajahan ke rumah-rumah teman ciber, di sini saya titipkan himpunan puisi2 yang dikhususkan untuk guru. sebarang ejaan yang salah sudah saya perbetulkan. Terima kasih atas perkongsian ini. Maaf addressnya sudah lupa....




Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988

Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pinang
terima kasih terima sayang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolah

terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan hati dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989 

Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri sejarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985
Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu suci semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagaikan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang dan karang
dapat direnang
kujelajah  malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Sedara sedari yang menjadi tetamuku, bolehlah ape kiranya mencoretkan sedikit ucapan/luahan rasa/puisi/cerita yang tak dapat dilupakan/ apa2 saja coretan buat guru yang disayang di bahagian komen di bawah. Coretan2 ini mungkin saya jadikan himpunan ucapan buat semua insan yang bergelar guru.

Wednesday, May 4, 2011

PRESTASI GURU CEMERLANG



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Cemerlang, Putrajaya, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 15 April 2011 – Prestasi Guru Cemerlang dipertikai, tenaga diperah.

Tujuan utama kerajaan meluluskan kaedah kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yang dikenali dengan Guru Cemerlang adalah untuk mengiktiraf khidmat guru-guru yang cemerlang di bilik darjah dan mewujudkan peluang kenaikan pangkat secara laluan pantas (fast track) kepada  mereka tanpa perlu ditukarkan ke jawatan pentadbiran secara hakiki. Guru yang dilantik sebagai Guru Cemerlang merupakan guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran, khususnya dari aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.

Sebagai role model kepada guru-guru lain, sewajarnya Guru Cemerlang menguasai kandungan mata pelajaran kepakarannya, bijak mengurus masa, mampu mengenal pasti masalah pembelajaran murid dan berupaya merangka program pendidikan yang boleh membangunkan potensi murid.  Selaras dengan pengiktirafan dan insentif yang diberikan, Guru Cemerlang yang dilantik berupaya menyumbang tenaga dan kepakaran sebagai pakar rujuk dalam bidang atau mata pelajaran masing-masing di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Guru Cemerlang berupaya menjadi sumber inspirasi dan pakar rujuk kepada guru-guru lain untuk mempertingkatkan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran. Walaupun tiada halangan bagi Guru Cemerlang untuk memberi sumbangan profesionalisme dalam bentuk perkongsian kepakaran dan pengalaman dengan warga pendidik yang lain, keutamaan tugas Guru Cemerlang hendaklah diberikan kepada program pembangunan dan peningkatan prestasi murid di sekolah masing-masing.

 Sumber:

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Monday, May 2, 2011

PELAKSANAAN MBMMBI ~BERNAMA

Salam Semua



25 April 2011.
Dewan Negara: Pelaksanaan MBMMBI : 10,000 Guru Bahasa Inggeris Dilatih Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk melatih 10,000 guru bahasa Inggeris tahun ini bagi memastikan pengajaran bahasa itu di sekolah berjalan lancar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penyediaan latihan berkenaan selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu yang bermula tahun depan.

"Walaupun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, kementerian telah dan sedang melaksanakan pelbagai usaha dan strategi bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bahasa Inggeris.

"Sehingga kini, hampir 12,000 guru terlibat dalam program latihan khusus untuk mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris yang diadakan tahun lepas dan untuk tahun ini kementerian menyasarkan 10,000 guru bahasa Inggeris diberikan latihan sama," katanya ketika menjawab soalan Senator Ng Fook Heng pada persidangan Dewan Negara di sini, pada Isnin.

Ng ingin tahu apakah langkah-langkah kukuh yang diambil untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar peringkat rendah dan menengah memandangkan pemansuhan PPSMI untuk Tahun Satu dilaksanakan tahun depan. MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan PPSMI yang akan dimansuhkan pada 2012 setelah mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pada masa sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua subjek itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata selain menubuhkan Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Dasar MBMMBI yang dipengerusikan beliau sendiri, kementerian akan melakukan pengambilan semula guru bersara bahasa Inggeris dengan menawarkan kerja secara kontrak.

Mulai tahun ini sehingga 2013, kementerian menyasarkan 600 guru bersara bahasa Inggeris akan dilantik secara kontrak di seluruh negara, dan sehingga Mac lepas 168 guru telah menerima tawaran berkenaan, kata beliau.

Katanya kerajaan turut membawa masuk 375 penutur jati dari luar negara untuk melaksanakan program peningkatan profesionalisme pensyarah dan guru bahasa Inggeris dengan 360 daripada pakar bahasa Inggeris itu dilantik sebagai mentor kepada guru bahasa Inggeris bagi 1,800 sekolah rendah.

Kementerian juga meningkatkan kapasiti bilik komputer di sekolah sebagai makmal bahasa Inggeris, dengan 20 buah sekolah dipilih sebagai perintis makmal itu tahun lepas dan diperluaskan ke 700 buah sekolah lagi tahun ini.

Muhyiddin berkata kerajaan memperuntukkan RM6 juta bagi membekalkan bahan bacaan tambahan dalam bahasa Inggeris di pusat sumber sekolah rendah tahun ini.

Bagi meminimumkan kesan perubahan dasar ini, kementerian memperkenalkan pendekatan pilihan lebih mudah iaitu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mengikut keupayaan seseorang guru dan murid.

"Ini bermakna, kertas-kertas peperiksaan disediakan dalam dwibahasa dan terpulanglah kepada mereka untuk menjawab dalam bahasa yang mereka mudah fahami," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan peralihan itu, proses perubahan digerakkan secara berperingkat sehingga memasuki fasa MBMMBI sepenuhnya apabila kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2015.

"Dengan penjelasan itu, saya amat berharap kekhuatiran dan keresahan sesetengah pihak terhadap isu ini akan terungkai," kata Muhyiddin.

-- BERNAMA

KURSUS SIMEN FERRO

Salam semua

SMKAM mengambil inisiatif mengadakan satu kursus 'simen Ferro' kepada pelajar Lanskap dari Tingkatan 4 dan 5 bagi memperkembangkan minat dan potensi masa depan pelajar. Kursus secara 'hands on' ini dijalankan selama 4 hari di bawah bimbingan pakar simen ferro dari Jabatan Pertanian Sungai Udang Melaka.















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...