Pages

Monday, January 30, 2012

18. MEMPELAS

Salam Semua
MEMPELAS
 
Sejenis tumbuhan yang menjalar dan memanjat. Daunnya berbentuk bujur dan permukaannya kesat. Batangnya juga kesat dan boleh melukakan kulit.
bunganya berwarna putih dan kelopak bunganya yang kecil berwarna merah jambu. Bunganya berbau harum. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan merah apabila masak. Buahnya bila dimakan mempunyai rasa masam.






Kegunaan:
1. Merawat darah tinggi
Daunnya yang masak direbus dan diminum airnya.

2. Meredakan selesema.
Tumbuhan ini dibuat salap.
 

3 Merawat radang.
Serbuk dari daun mempelas kering .

4. Merawat sengatan serangga berbisa.
Daunnya ditumbuk halus dan dilumurkan di tempat berkenaan
 

5. Merawat demam Panas
 

6. Mengubati kulit gatal. 


Quote:
Dikatakan buah mempelas boleh dijadikan cuka sebab rasanya yang masam dan batangnya dibuat tali. Ingat masa saya kecil-kecil dulu, saya suka potong akar mempelas sebesar ibu jari kaki untuk dapatkan airnya. Saya tadah menggunakan botol kaca yang bersih. Pagi tadah petang dah boleh diambil. Air itu boleh dibuat minum dan cucikan muka. Rasanya sedikit payau. Satu lagi seingat saya ayah menggunakan daun mempelas ini untuk melicinkan permukaan kayu ganti kertas pasir.  

17. LEMPOYANG GAJAH

Salam semua




LEMPOYANG GAJAH

Sefamili dengan halia yang tumbuh liar di kawasan semak samun. Bunganya seakan sarang lebah dan begitu cantik. Bunganya tumbuh tercacak di permukaan tanah dan ketinggiannya lebih kurang 30 - 50 cm daripada permukaan.

Kegunaan

1. Membersihkan kulit muka, mencantikkan kulit dan melancarkan pengaliran darah.
>> isi lempoyang seruas ibu jari diparut dan direbus bersama air. Jusnya diminum. Boleh juga dicampur dengan gula batu atau madu.

2. Menambah selera makan.
>> isi lempoyang dibuat ulam.

3. Mengubati penyakit buasir
>> Isi lempoyang dibuat jus dan diminum

4. Menghitam, mengilat,menyihat dan melebatkan rambut.
>> Bunganya berfungsi sebagai syampoo dengan mengeluarkan buih bila digosokkan dirambut.

5. Mengubati luka
>> abu daunnya yang dibakar ditampal pada luka



6. Mengubati kurap dan lebam  
>> Air dari isinya yang diketuk disapu pada kurap dan lebam

7. Berpotensi penawar kanser

8. Bersifat antiradang dan dapat menyurutkan bengkak.

16.KUNYIT


Salam semua
16. KUNYIT,KURKUM(ARAB),TEMU KUNING,UKON,GEORATJI,TEMU KUNYIT, YU JIN(CINA)

Kalau tak kenal ni entahlahhhh. Aye letakkan di sini supaya pengunjung Fp aye dapat membezakan antara Temu Hitam, Temu Lawak, Kunyit dan Halia. Khasiatnya cukup banyak dan amat baik untuk kesihatan dan kecergasan badan.


Quote:
Isi kunyit terdiri daripada ibu kunyit dan dikelilingi oleh cabang2 rizom yang kecil. Ibu kunyit mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Rizom kunyit berwarna coklat di luar dan berwarna oren terang di dalam. Bunganya berwarna putih dan boleh dijadikan ulam. Begitu juga dengan rizomnya.
 


Kegunaan

1. Sebagai bahan ubatan dalam kosmetik tempatan.

2. Boleh melancarkan peredaran darah dan meningkatkan pengaliran qi ( perubatan cina)

3. Rawatan selepas bersalin
>> kunyit muda dan bunga kunyit dibuat ulam selama 40 hari berpantang bagi menyegarkan badan dan memyembuh luka dalaman.

4. Menghilangkan keputihan, vagina berair dan meningkatkan keintiman hubungan suami isteri
>> Kunyit dikisar bersama pegaga jadikan jus diminum seminggu sebelum datang haid.

5. Merawat tekanan darah tinggi, demam kuning,cirit-birit, meningkatkan selera makan, sembelit, merawat sakit perut, kencing berdarah dan radang ginjal.
>> Kunyit diblender halus. Tapis dan minum sekali sehari selepas makan.

6. Ia mempunyai sifat antiradang,anti kanser dan pelindung hati. Disamping itu kunyit menjadikan penggemarnya awet muda.

7. Merawat luka luaran dan dalaman.
>> Kunyit ditumbuk halus dan ditampal pada luka.

8. Kunyit mempercepatkan luka kerana mempunyai sifat anti bakteria.

9. Mengubati penyakit asma atau lelah.( perubatan India - Ayurveda)
>> Kunyit direbus dan diminum semasa sesak nafas asma.

10. Membantu melancarkan pengaliran darah dan menghilangkan muka pucat di kalangan ibu2 dalam pantang.



15. BUNGA TELANG


 Salam semua,




KACANG TELANG, BUTTERFLY PEA, BLUE PEA, BUNGA NASI KERABU, BUNGA TELANG BIRU. (CLITORIA TERNATEA)
 

Sejenis tumbuhan memanjat. Bunganya berwarna ungu kebiruan berbentuk seperti rama-rama dan sentiasa berbunga sepanjang tahun. Buahnya berbentuk kacang pea bersaiz kecil. Sesuai ditanam pada para/pagola atau pasu gantung.
 
Kegunaan  

1. Bunganya sebagai pewarna nasi dan kueh terutama kueh nyonya yang popular di kalangan masyarakat Cina. 

2. Melebatkan, menghitamkan dan mengilatkan rambut dan menyuburkan kulit kepala
 

3. Dapat mengurangkan sakit kepala.

Caranya:
Daun dan bunganya dimasukkan ke dalam kain bentukkan seperti bantal dan dibawa tidur oleh pesakit.
 

4. Mengubati penyakit ulser mulut dan merawat insomnia.
Caranya:
Bunganya direndam dalam air panas dan diminum seperti teh.
  

Tuesday, January 17, 2012

14. TEMU LAWAK

SALAM SEMUA

14. TEMU LAWAK, GIANT CURCUMA,FALSE TURMERIC



Sama famili dengan Temu Hitam. Ia hampir menyerupai kunyit dan mempunyai bau wangi terutama rizomnya( isinya ). Rasa rizomnya sedikit pahit dan manis.Rizom Temu Lawak berwarna kuning gelap.



Kegunaan

1. Digunakan sebagai agen pencegah penuaan dan penawar sakit puan - banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik



2. Dapat mengubati penyakit2 seperti reumatoid dan kesakitan otot, demam , batuk, masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.

3. Dapat menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang





4. Dapat mengatasi buasir, masalah kerengsaan pada rektum, berak berdarah dan disentri.

5. Dapat merawat masalah sembelit.






6. Dapat merawat masalah keputihan dan jangkitan kult seperti Candida albican pada vagina wanita.

7. Dapat merawat kencing manis, gastrik dan gas berlebihan dan melancarkan penghadaman makanan

Cara rawatannya ialah 3 - 9 gram rizom segar direbus sekejap dan dimakan setiap kali sebelum makan.

8. Ia juga dapat mengubati kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan.

9. Rizomnya sedap dibuat ulam dan acar.


ACAR RAMPAI HERBA:



rizom muda temu lawak } diracik halus
rizom muda kunyit } diracik halus
rizom muda halia } diracik halus
Bawang besar } dihiris halus
Bawang putih } dihiris halus
Bawang merah } dihiris halus
cili merah/cili api } dihiris halus
sedikit cuka
sedikit air
gula
garam

CARANYA:
Sama seperti membuat acar mentah biasa. Dicampurkan semua sekali. Ia boleh membangkitkan selera makan.

13. TEMU HITAM

SALAM SEMUA


13.TEMU HITAM



Tumbuhan ini biasa dijumpai tumbuh liar di belukar dan semak samun. Tingginya mencapai hingga dua meter. Daunnya berbentuk lonjong dengan satu garisan berwarna merah kehitaman di tengah daunnya. Bunganya berwarna putih kemerahan.



Cara mengenali temu hitam adalah apabila rizomnya dipotong, terlihat satu lingkaran berwarna biru kehitaman. Rizomnya berwarna kekuningan daripada luar dan selalunya tidak bercabang.

Kegunaan
Rizom temu hitam digunakan merawat semput, kecacingan, masalah obesiti dan kegemukan. Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan selepas haid dan nifas. Ia juga digunakan mengubati kudis dan kurap.

2. Ia dijadikan bahan campuran jamu bg melangsingkan badan.

3. Air rebusan temu hitam juga terbukti secara saintifik dapat membunuh cacing ascaris dan ia digunakan sebagai ubat merawat kecacingan.

4. Rawatan mengempiskan perut terutama selepas bersalin

Ambil 25 gram temu hitam dan 25 gram bonglai putih direbus bersama 400 mililiter air hingga rebusan menjadi 200 mililiter air. Biarkan sejuk, masukkan sedikit jus limau nipis dan diminum setiap hari semasa pantang.

12, CHINESE HONEYSUCKLE

SALAM SEMUA


12. CHINESE HONEYSUCKLE, DANI,UDANI,ARADANI, AKAR PONTIANAK,SETANDUK,RANGGON CREEPER,DRUNKEN SAILOR.



Ia adalah tanaman hiasan dan selalu menghiasi pagola. Bunganya cantik dan berbau harum terutama waktu malam.

Kegunaan
1. Merawat Kecacingan

 
Caranya ialah memakan bijinya yang rasanya seakan-akan kacang almond kira-kira 2 jam selepas makan malam. Dewasa - 7 hingga 8 biji, Kanak-kanak 8 hingga 12 tahun - 6 hingga 7 biji, Kanak-kanak 5 hingga 8 tahun - 4 hingga 5 biji dan kanak-kanak 3 hingga 5 tahun - 3 hingga 5 biji. Dos ini hendaklah diambil 1 kali seminggu. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan sedu. 


Bunga yang putih bertangkai oren tu bukan bunganya

.

2. Merawat Sakit Kepala
Basahkan daun dan letakkan pada pelipis ataupun dahi.
3. Mengatasi cirit birit dan demam.
Bijinya dipanggang dan diberikan kepada pesakit tersebut

4. Mengubati kurap dan panau.
Bijinya dilumatkan dan dicampur dengan minyak dan dilumurkan kepada bahagian yang terlibat
5. Merawati senak perut Daunnya ditumbuk dicampur dengan air dan dilumurkan pada perut.



Gambar diambil dari pokok hiasan taman Jiran

11. GELENGGANG





Salam semua

11. GELENGGANG,CASSIA, WILD SENNA,KETEPENG BADAK RINGWORM CASSIA


Sejenis pokok renek yang mudah ditemui di pinggir jalan dan belukar. Tekstur daun kasar dan tertutup bila malam. Buahnya seperti kekacang, jihau waktu muda dan coklat kehitaman bila tua. Bunganya berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum berkembang.



Kegunaan

1. Mengubati kurap dan panau

Caranya:
Daun gelenggang dilumatkan dicampur dengan minyak tanah dan dilumur di tempat terbabit sehingga kurap hilang. Rasa pedih sedikit bila disapu.
Ia juga penawar kepada gigitan serangga dan ekzema.




 
2. Mengatasi masalah sembelit.
Caranya:
1 sudu teh air rebusan daun gelenggang diambil sebagai julap 




3. Air rebusan juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung dan bengkak saluran nafas.



4. Akar gelenggang digunakan bagi mengatasi masalah uterus ataupun rahim


 

10. TERUNG SUSU KAMBING

 Salam semua




10.TERUNG SUSU KAMBING, APPLE OF SODOM, NYUN WENKIBOBI,SORESUMBA, MACKAW BUSH, NIPPLE FRUIT,TITTY FRUIT


Sama famili dengan terung-terung lain. Bunganya ada berwarna ungu dan ada juga berwarna putih. Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunyai banyak biji berwarna coklat di dalamnya. Tanaman ini biasa ditanam sebagai tanaman hiasan kerana buahnya yang unik dan menarik.




Kegunaan 


Dalam perubatan Traditional Melayu, Terung ini digunakan bagi merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah payu dara.

Bagi penyakit darah tinggi, ambil sebiji buahnya dan dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya. Rebus buah tersebut bersama air hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari


9. JARUM TUJUH BILAH

salam semua


9. JARUM TUJUH BILAH, BINTANG TUJUH, POKOK KANSER, CHAT SIM CHAN,PRESKIA



Terkenal dengan namanya Jarum Tujuh Bilah kerana terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam di sepanjang batangnya. Daunnya yang rangup boleh dibuat ulam dan salad.



Kegunaan

1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.

3 cara:

1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum

2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.

3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum





Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan.



Selain merawat kanser ia juga boleh merawat darah tinggi, kencing manis, pening kepala dan sakit buah pinggang.

Quote:
P/S
Bila aye kaji tanaman herba ni rasa seronok pulak. Di samping dapat banyak ilmu dapat juga release tension bila lihat bunga2 kembang mekar senyum aje kat kite. Depa bagi posing yang terbaik untuk aye. Seakan-akan depa tau aye nak ambik gambaq depa. Wa ka ka ka ka ka

8. PATIKAN KERBAU

Salam semua



PATIKAN KERBAU/SUSU NABI/GATAS-GATAS/GELANG SUSU/FEI YANG CAO




Ia adalah tumbuhan liar yang boleh dijumpai di tepi longkang dan ia adalah rumput perosak yang tumbuh di kawasan pertanian.Bunga dan daunnya tersusun dalam jujukan ranting hingga ke hujung. Buahnya berwarna kuning dan 3 biji berwarna merah.


Bahan kimia yang ada sterol, alkohol, glikosid tanin dan triterpernoid.


Kegunaan

1. Merawat asma dan bronkitis
Daun, akar dan batang direbus dengan air dalam bekas tertutup. 1 cawan rebusan ini dicampurkan dgn 4 cawan air . Didihkan sehingga 1 cawan. Minum bila sejuk. Air ini tahan 2 - 3 hari.

2. Merawat batuk yang mengandungi kahak berdarah
jusnya diberi minum kepada pesakit

3. Menambah susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.
Air rebusannya juga diberi minum kepada ibu tersebut.


4. Penyakit gatal-gatal
Getahnya disapu pada bahagian terbabit.

5. Merawat luka
Getahnya disapu pada bahagian luka

6. Merawat penyakit angin dan berak berdarah
Jusnya diberikan kepada pesakit

7.Ia juga merawat kecacingan, sakit mata dan disentri. Ia juga bertindak sebagai antiradang,antibakteria dan antikanser. Ia juga dikatakan selalu diberikan kepada lembu yang menghadapi retak tulang.

Sunday, January 15, 2012

2. SELASIH

Salam semua
2. SELASIH( THAI BASIL, RUKU HITAM,SWEET BASIL)





Terdapat beberapa variasi selasih yang biasa dijumpai di Malaysia. Selasih adalah tumbuhan herba semusim dan mati selepas buahnya masak. Kitar hidupnya dapat dipanjangkan apabila pucuknya selalu dipangkas menyebabkan ia lambat berbunga.ia tumbuh tegak dengan ketinggian antara 0.3 hingga satu meter.

Selasih mempunyai banyak cabang dan mempunyai batang separa berkayu berbentuk segi empat dan berwarna ungu kehitaman. Bunganya tersusun dalam jambak yang dipegang oleh tampuk bunga yang berwarna ungu kehitaman. Bunganya berbentuk seperti loceng dengan warna putih ataupun merah jambu. Bunga ini menghasilkan biji selasih berwarna hitam dan kulit bijinya pecah selepas direndam dengan air dan menghasilkan selaput berwarna putih. Selasih memerlukan air yang cukup bagi pertumbuhan. Ia juga memerlukan kawasan yang bersaliran baik.Selain membiak melalui biji benih, selasih juga mudah membiak melalui keratan batang. Ia lebih kerap dijadikan ulam.



Kegunaan

Selasih banyak digunakan dalam perubatan traditional terutamanya perubatan Ayurveda dari India. Dalam perubatan traditional Melayu, selasih digunakan bagi
merawat demam. Ia juga dipercayai meningkatkan daya ketahanan badan dari penyakit. Selain itu ia juga digunakan bagi meredakan muntah-muntah dan loya serta mengubati kecacingan. Selasih juga berfungsi sebagai antiseptik dan analgesik bagi menahan sakit. Ia juga dapat menolong menguatkan dan meningkatkan fungsi hati.

Selasih dapat
membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan serta menghilangkan sakit kepala. Bagi khasiat2 yang disebutkan di atas, selasih selalunya direndam dalam air panas untuk dijadikan teh. Daun selasih yang ditumbuk lumat dan ditampal pada dada digunakan sebagai ubat batuk dan ubat mencairkan kahak. Selasih juga digunakan terutamanya dalam perubatan Cina sebagai herba pencuci darah. Daunnya digunakan mengubati penyakit kurap dan ditampal pada luka bagi melegakan luka.

Selasih/ Ruku-ruku Hitam ditanam di sesetengah negara Afrika dan India Utara. Ia mempunyai bau yang kuat dan ditanam bagi menghasilkan minyak pati. Selasih in dipercayai baik bagi menerangkan penglihatan dan menghilangkan sengal-sengal tulang. Ia banyak digunakan dalam perubatan cina dan dikenali sebagai Jiu Cheng Ta


Cara penggunaan herba ini dalam perubatan cina adalah dengan dua cara. Pertama daunnya dijemur terlebih dahulu sehingga keing dan dikisar hingga menjadi debu dan dimasukkan ke dalam kapsul ubat. Kapsul ubat ini dimakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Menurut kitab perubatan cina Jiu Cheng Ta berfungsi bagi pengaliran tenaga yang berfungsi mengurangkan lendir berlebihan dan memudahkan penghadaman makanan. Ia juga
dapat mengaktifkan sel-sel darah dan membersihkan darah dari toksik. Selain daripada mempunyai kasiat perubatan yang tinggi, herba ini juga dijadikan sebagai perisa masakan seperti masakan kari dan pelbagai jenis masakan Thailand. Ia sedap dimakan bersama nasi sebagai ulam dan dapat menambahkan selera makan.


7. SENDUDUK


SALAM SEMUA.

7. SENDUDUK(Melastoms malabathricum), Keduduk
 

Perubatan traditional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan bagi mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin.

Caranya:

Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah bagi mandi teresat selepas bersalin. Lakukan selama tiga pagi selepas melahirkan anak.

Daunnya yang tua dan gugur ke tanah yang berwarna merah muda ditumbuk dan air tapisannya diminum adalah sesuai untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.

Bagi kegunaan dalam pantang, ambil akarnya dan dijemur kering. Rebus bersama pokok ubatan lain sebagai ubat periuk. Minum sepanjang tahun pantang.

Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk dapat digunakan merawat bisa ini dengan menumbuk daun yang matang dan gugur ke bumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu.
Senduduk boleh digunakan bagi merawat cirit-birit , berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya.

Bagi mengubati buasir, ambil akar senduduk bersaiz lebih kurang sebesar dan sepanjang jari kelingking dan direbus dengan tiga cawan air hingga isipadunya tinggal satu cawan.Lakukan sebanyak tiga kali sehari.

Pes daunnya yang ditumbuk juga dapat menghilangkan parut akibat cacar air.



Bagi mengubati keputihan, daunnya dikeringkan terlebih dahulu. Rebus daun bersama halia, sedikit gula dan bonglai.

Bagi mengubati ulser mulut, daun senduduk diramas ke dalam air dan airnya digunakan untuk berkumur.

Ada Senduduk Putih ( Melastoma Sanguineum)

( Sorry di taman aye tak ade senduduk putih so tak ade gambarlah )
Kegunaan: Resdung, sakit gigi, buang angin dan melembutkan kaki.




Ini Senduduk jenis ke 3. Bunga dan buahnya lebih kecil. Buahnya boleh dimakan dan rasanya manis.

P/S
ingat aye masa kecil dulu waktu susah nak dapatkan dakwat, buahnyalah yang diambil untuk gantikan dakwat dicampur dengan air. Buahnya berwarna biru kehitaman dan boleh dimakan. Asal nama Malastoma(mulut hitam dalam bhs Greek) disebabkan gigi menjadi hitam bila memakan buah senduduk ini. Pucuknya dikatakan boleh dibuat ulam samada dimakan mentah atau direbus Daunnya dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi.