Pages

Sunday, July 29, 2012

SELAMAT TINGGAL SMK AIR MOLEK DAN SELAMAT BERTEMU KEMBALI SMKA TUN PERAK

SALAM SEMUA,
Lama betul saya tidak update blog ni. Semakin berumur ni semakin tidak kesempatan untuk menulis dan mengpos foto. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa buat pelajar2 dan guru2 seluruh Malaysia terutama buat pelajar SMK Air Molek, SMK Seri Bemban dan SMKA Tun Perak. Diharapkan dengan berpuasa ini, ibadah kita semakin bertambah baik, amalan yang dilakukan sentiasa diterima oleh Allah dan menjadikan kita sebagai insan yang berakhlak mulia. Moga ia berterusan untuk selama-lamanya.

Bila kita bercerita tentang plan dan perancangan Allah, kita tidak dapat menelah perancangan yang telah diatur oleh Allah. Syukur ke hadrat ilahi, saya telah ditentukan dengan perancangan yang cukup rapi olehNya. Perjalanan kerja saya telah diatur sebegitu rupa sehingga mencatat sejarah hidup yang cukup bermakna.

Cukup tidak diduga, pertukaran tempat kerja saya umpama kitaran hidup masyarakat Badwi yang berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari kehidupan yang lebih selesa di padang pasir. Mereka akan kembali semula ke tempat asal yang mereka tinggalkan dan akan menemui sisa-sisa peninggalan mereka dulu...tanaman2  dan tempat tinggal mereka.. Teringat saya tentang Syair yang saya belajar dulu hasil nukilan 'Antarah Bin Syaddad yang menggambarkan tentang kehidupannya sebagai seorang Badwi yang hidup berpindah randah dan menceritakan cintanya terhadap 'Ablah. Syairnya adalah di antara syair-syair yang masyhur waktu itu. Syairnya telah diberi anugerah yang jarang diterima oleh masyarakat Jahiliyah waktu itu di mana bait-bait syairnya ditulis dengan tinta emas dan digantung di Kaabah untuk tatapan umum.

Begitulah apa yang terjadi kepada saya. Ada peribahasa yang mengatakan umpama sirih pulang ke gagang..Kalau sebelum ini saya ditugaskan di SMK Air Molek yang merupakan sekolah kedua kali saya bertugas, sekarang saya ditugaskan ke sekolah lama saya selepas SMK Air Molek iaitu SMK Tun Perak. Kalau dulu waktu saya bertugas di SMK Tun Perak sebagai sebuah sekolah KAA tapi kali ini SMK Tun Perak telah diisytiharkan sebagai SMKA Tun Perak, sudah berlaku banyak perubahan di sini. 





Cukup menjadi cabaran bagi saya di sini kerana saya ditugaskan sebagai peneraju utama untuk menjadikan STP benar2 setanding dengan SMKA yang lain. Moga ianya berjaya dilaksanakan dan impian warga SMKA Tun Perak yang ingin menjadikan STP sebagai Sekolah Berprestasi tinggi menjelang tahun 2015 nanti menjadi kenyataan. Saya cukup yakin dengan kemampuan dan kekuatan yang ada pada tenaga kerja guru2 saya ia akan berjaya memilikinya...Insya Allah..

Saya mengambil kesempatan di sini menyeru pelajar2 dan guru2 untuk bersama-sama berusaha tanpa jemu demi meningkatkan prestasi pendidikan ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang...







No comments:

Post a Comment